Ahad, 4 Ogos 2013

Menganyam Ketupat

Jika dikenangkan Ramadhan lepas, entah kenapa suamiku membeli daun ketupat yang banyak sangat sehinggakan aku terpaksa belajar menganyam ketupat dari seorang rakan sekerja, Raja Normasilah dengan panggilan Maya. Oleh kerana itu, ramai rakan lain terpengaruh menganyam ketupat bersama-samaku ketika itu. Sangat mengujakan. Menyeronokkan. Pengerat silaturrahim secara tidak langsung. Kenangan yang tidak akan ku lupakan sampai bila-bila. Mencuri-curi anyam di dalam makmal Plant A ketika itu dengan menyembunyikannya di dalam plastik hitam yang sangat besar. Sangat kelakar. Zaman yang tidak akan beulang lagi. Rindu... Sedih.... sebab tidak dapat mengulanginya lagi.

Namun kali ini, tiada terlintas langsung untuk menganyam pada tahun ini, kerana kami bercadang menyambut Aidilfitri dalam kesederhanaan sahaja. Tetapi, oleh kerana kakak biras keduaku, Kak Timah memberikan secara percuma kepadaku 3 ikat dauh ketupat, maka dengan seronoknya aku menganyamnya seawal sahur. 

Setahun meninggalkan alam menganyam ketupat, aku terpaksa membuka You Tube untuk mengingati semula anyamannya. Tetapi kali ini, aku mengarahkan anak saudaraku, Dek Na untuk mengambil gambar setiap langkah anyaman sebagai rujukan akan datang. 

Ketupat Bawang

~ Lebih berisi dan menarik ~

# Menggerakkan pangkal dan ekor anyaman #

Sisir dahulu daun ketupat dari lidinya

Pastikan yang berbintik di bahagian bawah (dalam), dan yang cantik daunnya di bahagian atas (luar)

Tangan Kiri : pangkal diselitkan dahulu dan ekor dililit sehingga 3 kali (ekor akan terjurai ke bawah) 
dari kiri 1, 2, 3
Tangan Kanan : pangkal dihalakan ke bawah dan ekor dililit sehingga 3 kali (ekor akan terjurai ke atas) 
dari kanan 1, 2, 3

Gerakkan tangan kanan 
dan masukkan daun lilitan ke 3 kanan ke atas lilitan ke 3 kiri (atas-bawah-atas/luar-dalam-luar)

Diikuti lilitan ke 2 kanan masuk ke lilitan kiri dengan formula bawah-atas-bawah/dalam-luar-dalam
Begitu juga dengan lilitan pertama akan dimasukkan ke lilitan kiri dengan formula atas-bawah-atas/luar-dalam-luar

Pastikan rupanya menjadi seperti ini setelah dilakukan langkah-langkah di atas
Ekor : terjurai bertemu di satu sudut
Pangkal : 1 di kiri dan 1 di kanan

Jadikan pangkal tadi seperti huruf L

Ekor yang terjurai ke kanan digerakkan dengan menyelitkan daun dengan formula bawah-atas/dalam-luar ke sisi kanan ketupat tersebut dan seterusnya ke sisi bawah dengan formula bawah-atas-bawah/dalam-luar-dalam


Pusingkan pula ke belakang, jadikan L di tangan kiri anda
Ekor jurai atas ke kanan yang tinggal akan dianyam pula seperti langkah sebelum ini
Ekor nanti akan bertemu semula di satu sudut
Sisi kanan : luar-dalam/atas-bawah
Sisi bawah :luar-dalam-luar/atas-bawah-atas

Ini akhirannya : L pangkal masih kekal, ekor yang digerakkan sudah bertemu di satu sudut

 
Gerakkan pangkalnya pula
L bawah dianyam naik ke atas di bahagian sisi kanan
L atas pula dianyam ke kanan sisi atas

 

 


Sudah berbentuk ~ kini hanya tinggal mengetatkan anyaman sahaja

Ketupat Bawang



Ketupat Satay

~ Lebih mudah dan senang dianyam ~
~ Kelemahan : pembaziran daun ketupat dan isi ketupat sedikit berbanding isi ketupat bawang ~

# Hanya gerakkan pangkal sahaja #

Bermula dari asasnya... kesemuanya sama sahaja CUMA berlainan dari segi anyaman

 
 Asas anyaman tetap sama. Diakhiri dengan bentuk L
Gerakkan pangkal L kanan ke kiri semula (istilah U turn boleh digunakan)

 

  

Begitu juga pangkal L yang menghala ke atas akan digerakkan U-turn ke belakang sisi kiri
(untuk memudahkan anyaman, pusingkan ke belakang dahulu untuk menggerakkan anyaman ini)
Akhir sekali ketatkan sahaja

 Ketupat Satay

Ketika mengisi beras pula, pastikan ia separuh dari ruangan ketupat dan direbus seperti biasa. Untuk mengelakkan daun layu sebelum mengisi beras, simpan di tempat yang berudara lembap seperti di dalam bilik air bergantung.

Jadikan tradisi menganyam ini tidak lupus ditelan zaman. 





........... Selamat Menganyam .........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan