Selasa, 28 Mei 2013

Kunci Rumah ~ Syahadah ~ Jauhi Riba' ~ Mohon Ampun

Semalam punya cerita........................................

Semalam lepas solat Zuhur, aku, Angah dan Didie ke Majlis Perkahwinan adik Noor Azura Mohd Aliman di Dewan Terbuka Taman UPC. Terima kasih sebab ada laksa yang sangat sedap, tapi tak dapat makan otak-otak gombak sebab kena menunggu pula. Tidak mengapalah memang bukan rezekiku. Apapun, ternampak pula rakan-rakan lama, antaranya Mohamad bin Jaafar dan Faris Abas. Paling wajib kutemui, Noor Azura yang sekian lama tidak bersua muka. Masih seperti dulu.... Terubat juga rinduku pada Azura.

Dek kesuntukan masa sehingga tidak sempat menunggu otak-otak Gombak, kami bergegas ke Majlis Perkahwinan Hannan Hasanah Musa di Simpang Renggam.. Mungkin agak kelewatan kami sampai di majlis Hannan, kami makan dahulu... sebelum pulang, diriku bersua muka dengan Hannan.. Mujur Hannan masih kenal akan diriku ini. Tahniah Hannan..... dan terima kasih kepada ibu Hannan, yang masih mengingati akan diriku ini yang juga tidak menyangka bahawa aku sudah pun mempunyai anak.

Selesai sudah memenuhkan perut dengan makanan majlis kahwin, kami terus menuju ke Ramatex, menjemput mama pulang dari kerja sekali lagi.

Topik perbualan adik beradik sepanjang perjalanan : Solat 5 lima waktu. Orang yang menjaga solatnya, hatinya sentiasa tenang. Bagi yang tidak menjaga solatnya, lebih cenderung bersikap panas baran. Kami membandingkan dengan contoh terdekat di kalangan ahli keluarga besar kami. Muhasabah diri ketika ini. Rukun Islam ada 5. Syahadah, Solat, Puasa, Zakat, Haji. Kita diajar mengenai syarat sah dan batal Solat, Zakat, Puasa dan Haji. Pernahkah kita mengetahui dan mendalami syarat sah dan batal bagi Syahadah? Terfikirkah kita? Fasa pertama iaitu Syahadah sepatutnya kita dalami dari Wali Allah. Sebagaimana Rasulullah yang usianya ketika itu 40 tahun, diutuskan Jibril oleh Allah mendalami Syahadah sebelum ke fasa Solat, Puasa, Zakat dan Haji. Topik ini sangat menarik untuk diketengahkan. Pasti akan diterbitkan juga oleh diriku satu hari nanti.

Berbalik kepada cerita tadi, kali ini kami tidak terus pulang ke rumah tetapi kami melencong mencari periuk nasi. Memang tujuan utama mencari periuk nasi dan sekaligus membelinya, tetapi lain pula yang dibelinya oleh mamaku itu. Mama... mama... tidak mengapalah mama, asalkan mama 'happy'.

Dalam masa yang sama aku lupa yang aku perlu pulang ke Senai seawal mungkin kerana suamiku tidak membawa kunci rumah. Selalunya aku jangkakan suamiku akan pulang dan sampai di rumah jam 7 lebih, tetapi kali ini jam 6 lebih sudah menelefonku. ALAMAK!!!!!! aku masih di Ayer Hitam, manakala suamiku sudahpun sampai di rumah kami Senai. AMEKAW!!! Gelabah tidak tentu pasal diriku dibuatnya kerana suamiku sangat ku kenali perilaku dan perwatakannya apabila marah. Apapun, aku dan Haziq sempat menyiapkan diri dan barangan untuk dibawa pulang semula ke Senai.

Oleh kerana aku gerak dari Ayer Hitam selepas jam 8 malam, mataku dilanda keberatan yang amat sangat ketika memandu. Memang tidak akan ku menggunakan lebuhraya dalam keadaan mataku yang mengantuk sangat ini. 60km/jam. Kesian pemandu belakangku. Memotonglah anda ketika perlu. Sebenarnya, diriku ada mengalami satu keadaan di mana, selepas matahari terbenam aku tidak boleh memandu dek kerana kesilauan yang amat walaupun kerap bertukar kanta cermin mata, dan 10 minit berada dalam kenderaan, aku mesti tidur kalau bukan aku yang memandunya. Oleh kerana kali ini aku yang memandu pulang, terpaksa ku tongkat mengantuk ini sehingga selamat sampai.

Sesampainya di rumah Senai..... Hatiku berbisik "Macamane pulak motor suami aku dalam rumah ni? Orangnya mana? Tadi kata takde kunci rumah?" Macam-macam persoalan dalam benakku.

Setelah meletak kenderaan dalam pagar rumah, suamiku keluar dari rumah. Makin pelik aku dibuatnya. Hanya diam tanpa berbicara kerana kerisauan yang amat bahawa aku akan dimarahi apabila aku lewat pulang ke rumah.

"Pegi mana balik lambat?"
"Awak tau tak macamane saya masuk?"

Aku masih membisu. Takut sebenarnya. Suamiku terus mengambil Haziq yang sudah lama lena di dalam kereta seawal 10 minit selepas bergerak dari Ayer Hitam tadi.

"Ada air kotak dalam kereta tu."
"Eh, takde duit pun beli-beli ke?"
"Taklah!!! Majlis kawen tadi punya... Suka-suka je cakap macam tu!"
"Oooo.... ye.. ye..."

Elok pula emosi encik suami ni. Tidak mengapa. Diam sahaja. Mengantuk sebenarnya aku ini.

"Pergi mana awak satu hari ni?"
"Gi majlis kawen je."
"Ye je.... mesti ade gi mane-mane kan?"
"Dahlah wak, saya ngantuk sangat ni. Tersengguk-sengguk bawa keta tadi."
"Awak tak nak tanya ke macamane saya masuk umah tadi?"
"Esok saya tanya. Ngantuk ni. Esok na bangun awal masak bekal awak."




Hari ini punya cerita..............................

Aku pun tidak sedar jam berapa aku tidur. Sedar-sedar jam 6.30 pagi, aku kelewatan memasak. Sepantas kilat aku memasak. Suamiku pun macam malas nak bekerja hari ini kerana bergerak kerja selepas jam 7.30 pagi.

"ASB loan awak tu stop aje lah....."
"Hmmmm... ok.... saya pun dah malas da na teruskan ASB tu...."
"Nanti, sayaa suruh kontraktor yang kat YPJ site buat pagar rumah belakang kita ni."
"Ok... saya ikut aje."

"Pisang kat luar tu jangan lupa buat cekodok. Dah masak dah tu."
"Oh ye ker...ok..."

Sebelum suamiku melangkah masuk ke bilik mandi, aku bertanya,

"Awak! Macamana awak masuk umah semalam?"
"Adalah................ rahsia. Saya takkan bagitau awak."

Sememangnya keputusan untuk membuat pinjaman ASB tersebut adalah dari encik suami juga. Jadi, keputusan untuk menghentikannya pun berdasarkan arahannya. Maklumlah apabila aku mula menjinakkan diri dengan ************* Unit Trust, kami mula sedar apa yang patut dan apa yang tidak patut kami lakukan untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Sebagai pelabur, kita sepatutnya membuat kajian secara menyeluruh ke atas pelaburan yang ingin kita lakukan.

Moral of the story :
1) Kunci pendua rumah mesti masing-masing kena pegang dan bawa ke mana-mana. Jangan mengharap satu pihak sahaja yang akan bawa ke hulu ke hilir.
2) Sentiasa berbaik sangka walaupun kita sedar kita yang salah dan patut dimarahi oleh encik suami. Mohon maaf dengan encik suami setiap kali sebelum tidur. Buang ego jauh-jauh, sentiasalah memohon maaf dengan suami setiap kali melakukan kesalahan. Kita tidak tahu sama masih ada lagi hari esok atau tidak untuk kita memohon ampun dan maaf dari suami.
3) Seeloknya, jauhi riba'. Manusia kini terlampau banyak bersyubahat dengan aktiviti riba'. Riba' dalam pinjaman kenderaan, perumahan, pendidikan, pelaburan dan pelbagai lagi. Jika boleh dielakkan, elakkanlah sejauh mungkin.
4) Tambahan : jom kita belajar rukun Syahadah. Kerana dengan mengenali rukun Syahadah, kita akan mengenali Iman. Sebagaimana solat, puasa, zakat dan haji ada rukun sah dan batalnya, begitu juga Syahadah. Terfikirkah anda?


Wassalam.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan