Jumaat, 31 Mei 2013

Quality Controller cum Quality Assurance di Rumah?!!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.....

Sambil dengar radio ERA.fm, sambil men'download' lagu "neng neng nong neng", diriku memulakan menaip blog.

Setelah sekian lama meninggalkan alam pekerjaan sebagai lab technician, secara sedar atau tidak sedar, sudah jejak 5 bulan rupanya, baru aku sedar, rupanya aku juga quality controller di rumah. Apabila berada di mana-mana, automatik menjadi quality assurance pula.

Teringat pula masa first time bekerja di KMC sekarang nama dia Kerry Ingredients.... Hari pertama yang perlu dan penting untuk diketahui adalah GMP ~ Good Manufacturing Practices. Apabila di rumah, kita tukarlah kepada Good Home Practices. Sama sahaja konsepnya. Islam pun mengajar kita erti kebersihan dan pengendalian yang baik.

Kalau di kilang kena cuci tangan, kan? Di rumah pun kena cuci tangan. Cuci tangan sekerap yang mungkin. Jika kita diajar mempraktikkan pencucian yang betul, amalkan..... InsyaAllah... kemana sahaja kita pergi, kita tidak akan berasa kekok dan ketinggalan. Ajar juga anak walaupun sekecil setahun macam Haziq. InsyaAllah benda yang baik sentiasa akan jadi ikutan.

Oleh kerana terbiasa tidak memakai cincin ketika bekerja dahulu, di rumah pun aku tidak memakai cincin. Itulah sebabnya adakalanya suamiku memarahiku gara-gara terlupa memakai cincin ketika bersiar bersama. Encik suami kata, "Nanti orang ingat awak tu belum berkahwin pulak." "Orang gemuk macam saya ni sape yang nak, abang sayang oiiii?!" Itulah kesan baiknya jika kita ikuti peraturan ketika bekerja. Menjadi kebiasaan yang tidak dapat dielakkan.

Jangankan cincin sahaja, kuku pun mesti sentiasa pendek. Ini sudah menjadi amalan kita walaupun bukan berada di kawasan industri makanan. Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya:

“Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja'), berkata Zakaria: “berkata Mus’ab: “Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur.” (Hadis riwayat Muslim) 

Tapi bab potong kuku Haziq memang kena tunggu dia tidur. Kalau tidak tidur, potong kuku dia memang kena berperang dahululah jawabnya.

Hairnet? Di rumah pun, jika kita rasa rambut kita tidak boleh dikawal kegugurannya, seeloknya pakailah anak tudung atau hairnet. Memang teraplikasilah GHP kita yer!!!

Handglove? Seeloknya pakailah ketika mengendalikan cecair kimia di rumah. Clorox ke ape ke.... jaga tapak tangan anda yang halus itu......

Utensil? Di dapur banyak barang kan? Pinggan, mangkuk, periuk, cooker (Amboi!!! nak jugak istilah tu... Rice Cooker sebenarnya.. Hehehehe.....) sudu, sudip, pisau, cerek air, cawan (bikar-bikar takde ek..... dalam lab aje), gelas, jug, oven, eh.... macam-macamlah.... kena juga bersih. ~ Akak ni paling pantang kalau orang tu tak reti bersih. Singki dapur, tunku dapur sila bersihkan dengan baik yer.... jangan ada minyak-minyak, sampah, sisa makanan, lumut, memang akak meradang dek non kalau orang pengotor ni ~

Rubbish Bin jika penuh, apalagi, ikat, buang....... jangan dibiar lama-lama. Nanti bergendon-gendon ulat keluar... Eeee..... geli...................... Cuci tong sampahnya, jangan biar sahaja. Kemudian, baru masukkan plastik sampah yang baru. Faham? Senang, kan? Lastly, cuci tangan!!!!

Seteleh sekian lamanya tidak memakai kerongsang tudung, kini aku menjadi kekok kerana terbiasa dengan tudung sarung sahaja. Kena berjinak-jinak semula dengan kerongsang tudung... Bolehlah buat ala-ala Najwa Latif ke Yuna ke... hehehe...

Setiap hari mesti menyapu rumah. Wajib. Sebelum anak sepahkan mainan, menyapu satu rumah dahulu. Masa kerja Kerry dahulu, kalau bukan Maya, Hudda yang menyapu, mengemop. Sekali-sekala, jangan berkira, mop sama-sama, tak perlu ada jurang antara rakan sekerja. Betul, kan?

Seronok kan kalau dapat aplikasikan istilah-istilah food manufacturing dalam rumah?!! Sebagai QC di rumah, sudah tentu kita akan memeriksa quality dari segi bahan mentah atau raw material. Pastikan semua bahan mentah (kering mahupun basah) ada di dapur anda : onion, garlic, chilli, chilli padi, vinegar, oil, sesame oil, ginger, tumeric, belachan, spices and herbs including, star anise, clove , cardamon, cinnamon stick, coriander seed, cumin seed, blackpepper, white pepper, nutmeg, etc., tamarind, lemongrass banyak belakang rumah, galangal kadang-kadang guna jadinya kena beli.

Lagi baik kalau allergen dengan no-allergen diasingkan dan dilabelkan. Perghh... memang dahsyatlah rumah kalau ada semua ni... Rumahku belum ada lagi istilah allergen dan non-allergen ni.......

Di rumah, untuk menghasilkan finish good product yang terbaik untuk customer, setiap perincian perlu diambil kira. Customer dan consumer tetap saya mestilah suami dan anak. Finish good product pula penghasilan dari kemahiran saya dalam masakan. Betul tak? 

Siapa kata saya masak tak guna starch? Saya guna starch kadang-kadang sahaja. Bila perlu....... Apabila kuah saya tiada viscosity yang sepatutnya, sah-sahlah saya guna starch. Mungkin sebab terlebih air ke apa ke, jadi gunalah starch ataupun memang memerlukan starch tersebut untuk membuatkan masakan lebih pekat. Yang ada pun corn dan tapioca starch sahaja yang ada di dapur rumah. Kalau di kilang, pastinya macam-macam jenis starch yang digunakan. Cuma, saya tidak dapat melihat degree of starch cook tersebut under microscope sebab rumah saya tiada microscope. "Amboi!!! Ni rumah, bukan lab nak ade microscope-microscope ni."

CCP : Critical Control Point ~ mestilah kena ada dalam masakan. Kalau tidak, makanan saya akan cepat rosak, ataupun basi. Betul tak? Kalau tidak mencapai tahap suhu yang diperlukan, sudah pasti akan ada microbe yang masih hidup. "Dah masuk bab microbe pulak.." Cuma, saya tidak labelkan tarikh luput dalam masakan saya. Kerana setiap masakan mesti dihabiskan sebelum datangnya hari esok. Untuk sementara waktu yang ketiadaan peti sejuk kerana rosak. Susah juga sebenarnya kalau peti sejuk tiada. Hari-hari kena beli freshly from supplier. Boleh bayangkan jika cold room di kilang makanan rosak? Perbaiki secepat mungkin, sementara itu simpan di cold room yang lain, kalau cold room penuh pula, bagaimana? Fikir-fikirkanlah.................

Tidak salah mengaplikasikan pekerjaan lama di dalam rumah dan di mana sahaja. Kadang kala product saya pasti akan mendapat customer compliant dari siapa lagi kalau bukan dari pelanggan tetap saya di rumah. 

Jika ada product baru, saya mesti dapatkan feedback dan comment dari semua panel sensory saya. Tapi, takdalah isi form quality assessment. Antara yang sering menjadi panel sensory tetap saya, suami, ibunda, adik-adik saya: Angah, Didie, Ecah, jiran saya: Kak Nahi dan Pakcik Hashim, biras saya: Kak Rini, anak saudara saya: KakLong Shasha, Rina, Zaim. Product baru yang terhasil mestilah apabila diriku memiliki kerajinan melebihi biasa, dan ingin mencuba resepi baru. Untuk menghasilkannya ke arah perniagaan, masih belum ke tahap yang sepatutnya kerana aku tiada langsung mengikuti mana-mana kursus dan sebagainya.

Hazard and Risk : kat dapur rumah paling banyak sebab si Haziq ini, sudah pun mencapai tahap ketinggian yang boleh mencapai apa sahaja di hadapannya. Sebagai ibu, kita seharusnya berwaspada dan berjaga-jaga. Di mana-mana sahaja pasti ada hazard and risk. Plug, suis, barangan elektrik, dapur gas, pemetik api, pisau, garfu, bucu meja, bilik air yang licin, wayar, macam-macam lagi... terlalu banyak.....

Chemical Safety ? Di rumah pun banyak menggunakan bahan kimia secara tidak langsung. Penggunaan ridsect aerosol, bleach, all purpose cleaner, cream shower, toothpaste, soap, dishwasher cleaner, etc.. Semuanya ada bahan kimia. So, bagi yang ada anak-anak kecil di rumah, pastikan kesemua ini diletak di tempat yang tidak akan dapat dicapai mereka. Sebagai chemical safety officer di rumah, mesti lebih 100% pengawasan.

Perasan ke tidak, secara keterbiasaan, setiap kali berbelanja di kedai, pasaraya dan di mana sahaja, pastinya logo Halal yang akan dicari dahulu di setiap bungkusan yang kita pilih. Kemudian, expired date pula kita akan cari. Bagi yang sudah mengikuti Kursus Intensif Halal, anda akan mendapat kelebihan mengenali logo Halal yang diiktiraf. Dan bagi anda yang sudah biasa dengan produk berasaskan makanan menggunakan bahan tenusu, berasid tinggi dan sebagainya, pastinya akan akan lebih mengetahui mengapa sesetengah bahan dan barangan di luar memiliki tempoh tarikh luput awal dan ada yang memiliki tempoh tarikh luput yang lama. 

Amboi...... sedar tidak sedar sudah berjela rupanya. Maaf sebab membosankan. InsyaAllah lain kali kita directly belajar apa yang saya pernah belajar sewaktu bekerja dahulu untuk manfaat bersama. 

Selamat menjadi quality controller dan chemical safety officer di rumah.....................................

Rabu, 29 Mei 2013

Hari Ini Hari Malas Memasak

Assalamualaikum....

Haziq tengah tidur. Baru sahaja melelapkan dirinya yang agak emosi sedikit hari ini. Berpelukan dengan Dragon hijau pemberian nenek Ayer Hitamnya.

Pagi ini aku mendapat perasaan malas sangat untuk memasak. Bosan juga kadangkala asyik memasak sahaja, sesekali membeli pula. Seperti kebiasaan, setiap pagi Haziq akan menangis setelah bangun dari tidur dengan keadaan mamanya yang tiada di sisi dan dia tahu mana mamanya perlu dicari, samada di dapur, mahupun di bilik air. Dan pagi ini, Haziq mencariku di dapur. Walaupun aku tidak memasak apa-apa sarapan hari ini, sekurang-kurangnya aku memasak air. "Takkanlah air kopi O pun nak beli jugak!! Janganlah malas noh...." 

Enjin motor suamiku ku hidupkan dan Haziq yang melalak tadi ku pujuk menaiki motor. Senyap terus dari tangisan. 

Carian 1 : Makcik Siti ~ selalu ada, hari ini tiada menjual pula.
Carian 2 : Kedai baru sebelah SmartMini Shop ~ "Akak, nasi lemak ada?""Belum tanak lagi nasinya." "Takpelah kak......"
Carian 3 : Mamak Restoran Nuraishah Taman Bintang ~ "Roti kosong 4, nasi lemak telur 1, nasi lemak ayam 1."

Roti kosong untuk sarapan. Nasi lemak untuk tengahari. Boleh gitu? Malas punya pasal. Yang penting petang mesti masak. Suaminya berbekalkan nasi lemak ayam tadi. Pagi ini, 2 keping roti menjadi sarapan suamiku. 

Teringat pula hal semalam. Rescue encik suami yang kebocoran tayar JCBnya di tapak projek Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ). Berdesup-desup bawa wira suamiku yang penuh dengan alatan beratnya. Dan tidak semena-mena pula, diriku dan Haziq menunggu sehingga ayah Haziq habis bekerja jam 10 malam. Oleh kerana terlalu lewat tidur malam tadi, pagi ini lah hasil kemalasannya. Sekali sekala boleh, selalu jangan!!

Apabila bekerja dengan abang sendiri, sudah pasti pelbagai konflik beradik yang kita akan lihat. Sebagai pendengar, diriku hanya mendengar dengan baik. Untuk memperkatakan sesuatu adalah tidak mungkin jika bukan dengan izin suami. Adakalanya si abang sepatutnya mendengar pendapat walaupun orang itu hanya bergelar adik atau jauh lebih muda dari anda. Kerana, setiap individu memiliki pengalaman dan kepakaran yang berbeza. Sebenarnya jika bekerja dengan darah daging sendiri, ada sedikit keterbatasan dalam menegur dan memberi pendapat. Almaklumlah, kita adik, dia adalah abang dan juga bos. Hanya perlu mengiakan tanpa perlu membidas, kerana mungkin ada yang benar dan mungkin ada juga yang salah. Sebagai abang yang bergelar bos, sepatutnya menjadikan situasi bekerja yang sebenar-benarnya dengan menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja, bertanggungjawab, memberi gaji yang sepatutnya sebagaimana sistem bekerja yang ada di luar sana. Bukan menjadikan adik ini yang juga bergelar pekerja dengan tidak diberi penghargaan sama sekali. Kami faham, jika kita mempunyai target yang ingin dikecapi, adalah perlu adil dalam menjaga kebajikan pekerja dalam masa yang sama, tanpa mementingkan diri sendiri dan target anda semata-mata. Jangan dek kesibukan mengejar impian anda, kebajikan pekerja terabai begitu sahaja. Jangan mementingkan harta dunia semata-mata! Kerana ia tidak akan membawa kita ke mana-mana. 

Sebenarnya, aku dan Haziq sudah terbiasa menjadi rescuer encik suamiku dan sentiasa menjadi penunggu di kala diperlukan. Di mana suami berada, pastinya kita pun perlu ada. Tekanan kerja suami juga akan berkurangan apabila melihat isteri dan anaknya di sisi tanpa mengeluh penat dan panas. Bertuah kami kerana dapat melihat suami juga ayah kepada Haziq bekerja keras mencari sesuap nasi. Terima kasih sayang....... susah dan senang bersama.

Semoga kita kekal bersama hingga ke syurga. Amin... amin... amin ya Robbal'alamin.

Sehingga bertemu nanti dengan topik yang lain pula!!!!

Selasa, 28 Mei 2013

Kunci Rumah ~ Syahadah ~ Jauhi Riba' ~ Mohon Ampun

Semalam punya cerita........................................

Semalam lepas solat Zuhur, aku, Angah dan Didie ke Majlis Perkahwinan adik Noor Azura Mohd Aliman di Dewan Terbuka Taman UPC. Terima kasih sebab ada laksa yang sangat sedap, tapi tak dapat makan otak-otak gombak sebab kena menunggu pula. Tidak mengapalah memang bukan rezekiku. Apapun, ternampak pula rakan-rakan lama, antaranya Mohamad bin Jaafar dan Faris Abas. Paling wajib kutemui, Noor Azura yang sekian lama tidak bersua muka. Masih seperti dulu.... Terubat juga rinduku pada Azura.

Dek kesuntukan masa sehingga tidak sempat menunggu otak-otak Gombak, kami bergegas ke Majlis Perkahwinan Hannan Hasanah Musa di Simpang Renggam.. Mungkin agak kelewatan kami sampai di majlis Hannan, kami makan dahulu... sebelum pulang, diriku bersua muka dengan Hannan.. Mujur Hannan masih kenal akan diriku ini. Tahniah Hannan..... dan terima kasih kepada ibu Hannan, yang masih mengingati akan diriku ini yang juga tidak menyangka bahawa aku sudah pun mempunyai anak.

Selesai sudah memenuhkan perut dengan makanan majlis kahwin, kami terus menuju ke Ramatex, menjemput mama pulang dari kerja sekali lagi.

Topik perbualan adik beradik sepanjang perjalanan : Solat 5 lima waktu. Orang yang menjaga solatnya, hatinya sentiasa tenang. Bagi yang tidak menjaga solatnya, lebih cenderung bersikap panas baran. Kami membandingkan dengan contoh terdekat di kalangan ahli keluarga besar kami. Muhasabah diri ketika ini. Rukun Islam ada 5. Syahadah, Solat, Puasa, Zakat, Haji. Kita diajar mengenai syarat sah dan batal Solat, Zakat, Puasa dan Haji. Pernahkah kita mengetahui dan mendalami syarat sah dan batal bagi Syahadah? Terfikirkah kita? Fasa pertama iaitu Syahadah sepatutnya kita dalami dari Wali Allah. Sebagaimana Rasulullah yang usianya ketika itu 40 tahun, diutuskan Jibril oleh Allah mendalami Syahadah sebelum ke fasa Solat, Puasa, Zakat dan Haji. Topik ini sangat menarik untuk diketengahkan. Pasti akan diterbitkan juga oleh diriku satu hari nanti.

Berbalik kepada cerita tadi, kali ini kami tidak terus pulang ke rumah tetapi kami melencong mencari periuk nasi. Memang tujuan utama mencari periuk nasi dan sekaligus membelinya, tetapi lain pula yang dibelinya oleh mamaku itu. Mama... mama... tidak mengapalah mama, asalkan mama 'happy'.

Dalam masa yang sama aku lupa yang aku perlu pulang ke Senai seawal mungkin kerana suamiku tidak membawa kunci rumah. Selalunya aku jangkakan suamiku akan pulang dan sampai di rumah jam 7 lebih, tetapi kali ini jam 6 lebih sudah menelefonku. ALAMAK!!!!!! aku masih di Ayer Hitam, manakala suamiku sudahpun sampai di rumah kami Senai. AMEKAW!!! Gelabah tidak tentu pasal diriku dibuatnya kerana suamiku sangat ku kenali perilaku dan perwatakannya apabila marah. Apapun, aku dan Haziq sempat menyiapkan diri dan barangan untuk dibawa pulang semula ke Senai.

Oleh kerana aku gerak dari Ayer Hitam selepas jam 8 malam, mataku dilanda keberatan yang amat sangat ketika memandu. Memang tidak akan ku menggunakan lebuhraya dalam keadaan mataku yang mengantuk sangat ini. 60km/jam. Kesian pemandu belakangku. Memotonglah anda ketika perlu. Sebenarnya, diriku ada mengalami satu keadaan di mana, selepas matahari terbenam aku tidak boleh memandu dek kerana kesilauan yang amat walaupun kerap bertukar kanta cermin mata, dan 10 minit berada dalam kenderaan, aku mesti tidur kalau bukan aku yang memandunya. Oleh kerana kali ini aku yang memandu pulang, terpaksa ku tongkat mengantuk ini sehingga selamat sampai.

Sesampainya di rumah Senai..... Hatiku berbisik "Macamane pulak motor suami aku dalam rumah ni? Orangnya mana? Tadi kata takde kunci rumah?" Macam-macam persoalan dalam benakku.

Setelah meletak kenderaan dalam pagar rumah, suamiku keluar dari rumah. Makin pelik aku dibuatnya. Hanya diam tanpa berbicara kerana kerisauan yang amat bahawa aku akan dimarahi apabila aku lewat pulang ke rumah.

"Pegi mana balik lambat?"
"Awak tau tak macamane saya masuk?"

Aku masih membisu. Takut sebenarnya. Suamiku terus mengambil Haziq yang sudah lama lena di dalam kereta seawal 10 minit selepas bergerak dari Ayer Hitam tadi.

"Ada air kotak dalam kereta tu."
"Eh, takde duit pun beli-beli ke?"
"Taklah!!! Majlis kawen tadi punya... Suka-suka je cakap macam tu!"
"Oooo.... ye.. ye..."

Elok pula emosi encik suami ni. Tidak mengapa. Diam sahaja. Mengantuk sebenarnya aku ini.

"Pergi mana awak satu hari ni?"
"Gi majlis kawen je."
"Ye je.... mesti ade gi mane-mane kan?"
"Dahlah wak, saya ngantuk sangat ni. Tersengguk-sengguk bawa keta tadi."
"Awak tak nak tanya ke macamane saya masuk umah tadi?"
"Esok saya tanya. Ngantuk ni. Esok na bangun awal masak bekal awak."




Hari ini punya cerita..............................

Aku pun tidak sedar jam berapa aku tidur. Sedar-sedar jam 6.30 pagi, aku kelewatan memasak. Sepantas kilat aku memasak. Suamiku pun macam malas nak bekerja hari ini kerana bergerak kerja selepas jam 7.30 pagi.

"ASB loan awak tu stop aje lah....."
"Hmmmm... ok.... saya pun dah malas da na teruskan ASB tu...."
"Nanti, sayaa suruh kontraktor yang kat YPJ site buat pagar rumah belakang kita ni."
"Ok... saya ikut aje."

"Pisang kat luar tu jangan lupa buat cekodok. Dah masak dah tu."
"Oh ye ker...ok..."

Sebelum suamiku melangkah masuk ke bilik mandi, aku bertanya,

"Awak! Macamana awak masuk umah semalam?"
"Adalah................ rahsia. Saya takkan bagitau awak."

Sememangnya keputusan untuk membuat pinjaman ASB tersebut adalah dari encik suami juga. Jadi, keputusan untuk menghentikannya pun berdasarkan arahannya. Maklumlah apabila aku mula menjinakkan diri dengan ************* Unit Trust, kami mula sedar apa yang patut dan apa yang tidak patut kami lakukan untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Sebagai pelabur, kita sepatutnya membuat kajian secara menyeluruh ke atas pelaburan yang ingin kita lakukan.

Moral of the story :
1) Kunci pendua rumah mesti masing-masing kena pegang dan bawa ke mana-mana. Jangan mengharap satu pihak sahaja yang akan bawa ke hulu ke hilir.
2) Sentiasa berbaik sangka walaupun kita sedar kita yang salah dan patut dimarahi oleh encik suami. Mohon maaf dengan encik suami setiap kali sebelum tidur. Buang ego jauh-jauh, sentiasalah memohon maaf dengan suami setiap kali melakukan kesalahan. Kita tidak tahu sama masih ada lagi hari esok atau tidak untuk kita memohon ampun dan maaf dari suami.
3) Seeloknya, jauhi riba'. Manusia kini terlampau banyak bersyubahat dengan aktiviti riba'. Riba' dalam pinjaman kenderaan, perumahan, pendidikan, pelaburan dan pelbagai lagi. Jika boleh dielakkan, elakkanlah sejauh mungkin.
4) Tambahan : jom kita belajar rukun Syahadah. Kerana dengan mengenali rukun Syahadah, kita akan mengenali Iman. Sebagaimana solat, puasa, zakat dan haji ada rukun sah dan batalnya, begitu juga Syahadah. Terfikirkah anda?


Wassalam.....



Isnin, 27 Mei 2013

Musim Majlis Kahwin!!!!!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Sebenarnya jangan kata bulan Mei sahaja, sepanjang tahun setiap bulan pun memang musim majlis kahwin. Betul tak? Orang bujang kahwin, orang yang dah membujang pun kahwin.... hehe... lumrah hidup apabila sudah tersurat jodohnya.

Semalam, 25 Mei 2013, kami sekeluarga (kecuali mama, Ecah dan encik suami) sempat berkunjung ke majlis perkahwinan rakan sekolah menengahku dahulu.. Dah bergelar 'Puan' dah Cik Hajar kita. Ibu Hajar pula merupakan bekas rakan sekerja mamaku di Ramatex dahulu.

Dessert yang ada di sekitar majlis kahwin tersebut : cupcake, marshmallow with chocolate, fruit chocolate, bubur jagung, dan paling mengaburi mata Haziq, jajan-jajan yang banyak... dan banyak lagi. Memang tak berganjaklah kami dari meja makan.

Alhamdulillah...... Juga dengan izin Allah, dapat juga aku bertemu rakan lama yang lain. Antaranya, Herni Kadir bersama suami dan sepupunya, juga paling sekian lama tidak kutemui, Daing Zairi Ma'arof (kini dikenali dengan Ery Ma'arof).

Sekitar Majlis Perkahwinan Hajar Fatimah dan Mohd Asraff

Selepas Isyak pula, selepas suamiku sampai di rumah Ayer Hitam, kami bertiga ke Majlis Tahlil dan Kesyukuran Puan Nana. Alhamdulillah dan terima kasih kerana menjamukan kami dengan juadah yang sangat sedap dan menyelerakan selepas Majlis Tahlil tersebut. Apa pun, selamat melahirkan anak kedua bulan 7 nanti yer Nana..... ~ dalam hati ni flowerish sahaja memanjang, sebab teringin juga..... ~

Tahniah buat rakan-rakan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga ataupun yang bakal mendirikan rumahtangga, mahupun yang baru melahirkan cahaya mata ataupun yang bakal menanti kelahiran cahaya mata.

Pagi ini, suamiku dikejutkan seawal 6 pagi kerana untuk bekerja. Haziq yang malam tadinya tertidur di dalam kereta selepas pulang dari majlis tahlil, mendengarkan ayahnya menghidupkan enjin motor, sepantas cepat dan kilat Haziq bangun dari tidur. "Amboi budak ni................... nak naik motor lah tu......." Ayah Haziq melayankan sahaja kerenah anaknya yang memang hampir setiap pagi akan dibawa menaiki motor mengelilingi taman perumahan sebelum suamiku bergerak pergi ke tempat kerja. Suamiku berbekalkan nasi goreng telur sahaja pagi ini bersama air 'watermelon'nya.

Jiranku pula, cik Sahran.... juga sedang mengilatkan keretanya, kami tegur.
"Dah kilat dah kereta tu......."
"Sayang..... kereta arwah ni."
"Awal bangun cik....."
"Biasalah......"
"Pengantin berdebar lah ni?!!! Hehehe......"
"Alah...... biasa-biasa aje."

Jam 9 pagi, cik Sahran bersama saudara mara serta rombongan jiran tetangga menghala ke Benut. Jodoh kedua buat cik Sahran setelah sekian lama kehilangan isteri yang dicintai akibat kemalangan jalanraya. Selamat pengantin baru kali kedua buat cik Sahran........................ Cik Sahran adalah jiran juga rakan serta keluarga angkat bagi kami. Jiran kami sekian lamanya, rakan kepada arwah abahku yang paling rapat juga keluarga angkat yang mungkin akan bertukar kepada saudara dalam masa terdekat nanti... Semoga sepupuku, Iwan akan tercapai hasratnya untuk menjadikan Sue, anak cik Sahran sebagai teman hidupnya... Amin......

Topik adik beradik pagi ini : kebanyakan 'duda' mesti kahwin lagi dalam tempoh lebih setahun menduda ataupun kurang dari setahun, 'janda' atau lebih mesra dengan panggilan 'ibu tunggal' pula ada yang masih setia pada yang sudah tiada, atau masih belum bersedia menerima sesiapa dek dihantui kisah silam yang menyerikkan, atau dipertemukan jodoh yang setaraf atau lebih baik dari yang sebelumnya... dan pelbagai lagi. Dari sudut pemerhatian kami pula terhadap mama : mama masih sayang lagi dengan arwah abah, tiada galang gantinya.

Apapun, kesimpulannya : jika ditakdirkan untuk berumahtangga lagi, sudah semestinya ia telah tersurat dan sudah tertulis. Kerana sebaik-baik perancang dan penentu adalah Allah S.W.T.

Bertemu sekali lagi nanti.........................

Wassalam.....

Sabtu, 25 Mei 2013

Merajuk ~ Tidur Awal

Tengah buat apa tu?

Untunglah kalau dapat tengok drama bersiri 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'... Saya tak dapat nak menontonnya... dek berebut tengok cerita tv. 

Encik Suami : tengok tv5 ~ The Mummy
Puan Isteri : tak dapat tengok tv3 ~ Sebenarnya Saya Isteri Dia

Selalunya kalau tertinggal tengok cerita apapun, mesti tengok kat TonTon. Tapi, memandangkan broadbandku telah dijahanamkan secara teliti dan tidak sengaja, terpaksalah tunda tengok kat TonTon tu.

Status : MERAJUK lah diri ini...................................................

Haziq ~ minta 'teng'... maknanya pacifier... terus tidur tanpa didodoi-dodoi... sunyi dah malam-malam macam ni. 

Dek kerana tak ada benda yang boleh ku buat, taip dulu kat blog ni.... Sekarang ni tengah guna Internet Tethering melalui handphone Galaxy Note yang dibeli oleh encik suami secara tidak semena-mena suatu ketika dahulu di Petronas Lebuhraya Utara-Selatan Plaza Tol Skudai. (masa tu encik suami masih bekerja dengan Narita Shipping ~ hantar kontena ke Batu Pahat kalau tak silap, dari Pasir Gudang, singgah dahulu di Burger King sebelum masuk Tol Skudai itu). 

Pengajaran : jangan beli mana-mana handphone dari manusia yang berkeliaran dan mencurigakan ~ takut-takut barang tersebut adalah barang yang dicuri, disamun dan sebagainya.

Nampak gayanya, encik suami dah faham kemerajukan saya ini. Jom tengok 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'

Selamat malam semua...

Baca Doa Sebelum Tidur tau!!!

Cetusan Blog "Mama Haziq Ayang Arin"

Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Sebenarnya, mama dan Haziq tengah menjamu Mihun Bakso ni.... kami habiskan hidangan dulu....

Bakso ni sebenarnya rentetan cerita masakan semalam. Almaklumlah, 
pertama : kegagalan dalam test JPJ B2 buat kali ke-3, 
kedua : rezeki kewangan yang lebih pada hari semalam 
dan ketiga : memang sejak 2 minggu ni, kemaruk sangat makan bakso (sebab ada bebola daging - tu yang kemaruk sangat tu).

Haziq pulak tengah tengok Upin Ipin TV9 (Raja Buah - ulangan sebenarnya tu ~ lagipun dah berpuluh kali tengok kat YouTube).

Alkisah ~ sabtu minggu lepas (18 Mei 2013), 12 tengahari bertolak balik ke Ayer Hitam, kerana ada jemputan perkahwinan jiran Senai kami di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Kami berdua sahaja yang pulang kerana encik suami bertugas. Sesampai di Ayer Hitam, singgah rumah mamaku (nenek Haziq) sebab sudah berjanji dengan adik lelakiku, Didie untuk membawa masakan baksoku. (nampak sangatlah baru minggu lepas masak bakso ~ minggu ni pun masak lagi).

Oleh kerana ketika itu, rumah mamaku ada kontraktor yang tengah buat wiring, Didie tak dapat temankanku ke majlis perkahwinan jiranku itu. Jadi, aku bawalah adik keduaku, Angah bersama si kecil, Fasha. Sesampai di dewan, kami terus makan nasi minyak. Fasha pula menangis tak berhenti-henti, menyebabkan kami pulang awal. Apa yang penting, dapat juga bertemu pengantin, Doktor Fadzlin kat atas pentas dewan tersebut. Walaupun kami berjiran, jarang sekali kami berbual mesra dek kesibukan hal masing-masing. Waktu beginilah yang terbaik untuk mengeratkan tali persaudaraan.

Di dalam kereta, boleh pula si Fasha ni berhenti menangis. Almaklumlah bayi sekarang, tak boleh panas sikit, mesti diam sebab dah dapat air-cond. Sepulangnya kami dari majlis tersebut, kami singgah di Tasik Y. Tujuan : nak bawa Haziq main gelongsor kat sana. Angah dan Fasha tidak mahu turun, jadi, mereka pun duduklah dalam kereta. 

Haziq ~ pantang nampak mainan, semua dia hendak mencubanya. Penat juga layan kerenah anak yang sudah pandai macam-macam ni. Penat bermain di taman permainan di sana, kami pun mencari buah-buahan dan air minuman sebagai pencuci mulut sekaligus menghilangkan kelaparan minimum. hehe... (bukan ke tadi dah makan kat majlis kahwin? ~ tadi tak puas makan sebab Fasha menangis tak berhenti-henti).

Alamak, 5.30 petang, kena ambil mama dari tempat kerjanya, Ramatex. Bergegas kami ke sana, tapi sempat juga singgah kedai pampers kat area kilang mama tu. 

"Dik, akak nak pampers paling murah saiz M? Mana ek?"
dengan sopannya budak tu tunjuk, "Ni dia kak, dalam bungkusan plastik merah ni."
"Berapa harga dia sepaket?"
"15 je kak."
"Akak nak 2. Ni duitnya." 
"Terima kasih kak."
"Ok, sama-sama." dengan pantas aku berlalu pergi sebab takut terlewat menjemput mamaku.

Fuh!! Nasib baik awal sampai. Kalau tidak..... Aku mendukung Haziq dan menunggu di hadapan pondok pengawal keselamatan Ramatex. 

"Haziq, nenek tu..."
"Ne..ne..."

Masing-masing senyum sebab dah berminggu-minggu kami tak berjumpa.

"Eh, Angah pun ada.."
"Tadi temankan Along gi Batu Pahat, jiran Along kawen."
"Long, nanti singgah Parit Raja beli lauk, kat Wellward lama tu"
"Okay."

Sepanjang-panjang perjalanan dari kilang mama ke Parit Raja, macam-macam topik keluar. Macam bertahun tak jumpa gayanya. 

Sesampainya di Wellward, mama dan Angah telah pun dahulu turun dari kereta. Aku dan Haziq masih ber'air-cond' lagi. 

"Jom nak... kita tengok nenek shopping ape kat dalam."

"Ma... beli lauk apa?"
"Ayam je lah"
"Malam ni bakar pari nak?"
"Boleh jugak"

"Eh... kak Ani... lama tak jumpa." Terserempak dengan Leader Ramatex masa kerja kat Ramatex dulu. (Knitting Department)
"Zura macam makin tinggi je, kurus pun ye jugak.. Sihat?"
"Kurus?!!! takde maknenye kurus. Makin kembang adalah......"
"Ni anaknya? Sorang?"
"Ha'ah... baru sorang."
"Bila nak ade adiknya ni?"
"Tengah usaha ni kak... InsyaAllah..kalau ada rezeki, adalah...."
"Muda lagi.... kena cepat-cepat.. "
"Berapa tahun ni?"
"Baru 1 tahun 8 bulan."
"Dah boleh dah tu ada adik..."
"InsyaAllah..."

"Akak masih keje lagi kat Ramatex?"
"Masih lagi.... "
"Orang lama?"
"Sape orang lama yang Zura ingat?"
"Kak Abot?"
"Ada lagi... Kak Nik... ramai lagi orang lama..."
"Ooooo..."
"Bila nak datang rumah akak?"
"Hmmm... tak tau lagi kak... kita pun jarang-jarang balik Aitam."
"Takpe, bukan susah pun nak gi rumah akak, sebelah stesen minyak ni je.."
"Ok kak... kalau ada umur panjang, kelapangan, saya datang."
"Akak jalan dulu ye." 
"Ok."

Teringat pula zaman lepas belajar dulu..... tebalkan muka bekerja sebagai operator di Ramatex. Sebab masa itu graduan lepasan universiti sangat sukar untuk mencari pekerjaan yang berkaitan semasa belajar.

Selesai berbelanja, kami pun pulang ke rumah. 

Baru teringat, masa jemputan tadi ada dapat berkat yang sangat banyak. Jadi, makan malam nanti tidak perlu lagi untuk memasak. Hanya memakan berkat yang diberi tadi. Selesai menjamu selera, selepas solat Maghrib, bermulalah satu operasi yang mencetuskan idea untuk membuat blog.

Sebenarnya, aku ingin mencari Muqaddam jenis kertas plastik tu... tapi hanya menjumpai Muqaddam jenis kertas biasa sahaja. Tujuan, untuk mengajar Haziq mengenal huruf di dalam Al-Quran. Operasi bermula di bilik asalku, yang kini menjadi bilik tidur Didie. Macam-macam yang ku jumpai.

Mas Kahwin....... Bil belanjawan ketika persiapan perkahwinan.... Diari....... Surat........ Nota....... Kertas recycle thesis..... Minit Mesyuarat......... macam-macam lagi..........

Semua itu adalah kenangan. Kenangan pahit... kenangan manis...... Masa lalu yang sudah menjadi sejarah. Sebelum ku hapuskan kenangan tersebut, hasratku untuk abadikan ia di dalam blog untuk tatapan generasi akan datang. Jika ia berguna, gunakanlah sebaik mungkin. Jika ia tiada kegunaannya, jadikanlah ia sebagai bahan sejarah yang mungkin satu hari nanti akan berguna juga. 

Sampai di sini dahulu coretanku..........

Terima kasih kerana sudi membaca.