Sabtu, 25 Mei 2013

Cetusan Blog "Mama Haziq Ayang Arin"

Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Sebenarnya, mama dan Haziq tengah menjamu Mihun Bakso ni.... kami habiskan hidangan dulu....

Bakso ni sebenarnya rentetan cerita masakan semalam. Almaklumlah, 
pertama : kegagalan dalam test JPJ B2 buat kali ke-3, 
kedua : rezeki kewangan yang lebih pada hari semalam 
dan ketiga : memang sejak 2 minggu ni, kemaruk sangat makan bakso (sebab ada bebola daging - tu yang kemaruk sangat tu).

Haziq pulak tengah tengok Upin Ipin TV9 (Raja Buah - ulangan sebenarnya tu ~ lagipun dah berpuluh kali tengok kat YouTube).

Alkisah ~ sabtu minggu lepas (18 Mei 2013), 12 tengahari bertolak balik ke Ayer Hitam, kerana ada jemputan perkahwinan jiran Senai kami di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Kami berdua sahaja yang pulang kerana encik suami bertugas. Sesampai di Ayer Hitam, singgah rumah mamaku (nenek Haziq) sebab sudah berjanji dengan adik lelakiku, Didie untuk membawa masakan baksoku. (nampak sangatlah baru minggu lepas masak bakso ~ minggu ni pun masak lagi).

Oleh kerana ketika itu, rumah mamaku ada kontraktor yang tengah buat wiring, Didie tak dapat temankanku ke majlis perkahwinan jiranku itu. Jadi, aku bawalah adik keduaku, Angah bersama si kecil, Fasha. Sesampai di dewan, kami terus makan nasi minyak. Fasha pula menangis tak berhenti-henti, menyebabkan kami pulang awal. Apa yang penting, dapat juga bertemu pengantin, Doktor Fadzlin kat atas pentas dewan tersebut. Walaupun kami berjiran, jarang sekali kami berbual mesra dek kesibukan hal masing-masing. Waktu beginilah yang terbaik untuk mengeratkan tali persaudaraan.

Di dalam kereta, boleh pula si Fasha ni berhenti menangis. Almaklumlah bayi sekarang, tak boleh panas sikit, mesti diam sebab dah dapat air-cond. Sepulangnya kami dari majlis tersebut, kami singgah di Tasik Y. Tujuan : nak bawa Haziq main gelongsor kat sana. Angah dan Fasha tidak mahu turun, jadi, mereka pun duduklah dalam kereta. 

Haziq ~ pantang nampak mainan, semua dia hendak mencubanya. Penat juga layan kerenah anak yang sudah pandai macam-macam ni. Penat bermain di taman permainan di sana, kami pun mencari buah-buahan dan air minuman sebagai pencuci mulut sekaligus menghilangkan kelaparan minimum. hehe... (bukan ke tadi dah makan kat majlis kahwin? ~ tadi tak puas makan sebab Fasha menangis tak berhenti-henti).

Alamak, 5.30 petang, kena ambil mama dari tempat kerjanya, Ramatex. Bergegas kami ke sana, tapi sempat juga singgah kedai pampers kat area kilang mama tu. 

"Dik, akak nak pampers paling murah saiz M? Mana ek?"
dengan sopannya budak tu tunjuk, "Ni dia kak, dalam bungkusan plastik merah ni."
"Berapa harga dia sepaket?"
"15 je kak."
"Akak nak 2. Ni duitnya." 
"Terima kasih kak."
"Ok, sama-sama." dengan pantas aku berlalu pergi sebab takut terlewat menjemput mamaku.

Fuh!! Nasib baik awal sampai. Kalau tidak..... Aku mendukung Haziq dan menunggu di hadapan pondok pengawal keselamatan Ramatex. 

"Haziq, nenek tu..."
"Ne..ne..."

Masing-masing senyum sebab dah berminggu-minggu kami tak berjumpa.

"Eh, Angah pun ada.."
"Tadi temankan Along gi Batu Pahat, jiran Along kawen."
"Long, nanti singgah Parit Raja beli lauk, kat Wellward lama tu"
"Okay."

Sepanjang-panjang perjalanan dari kilang mama ke Parit Raja, macam-macam topik keluar. Macam bertahun tak jumpa gayanya. 

Sesampainya di Wellward, mama dan Angah telah pun dahulu turun dari kereta. Aku dan Haziq masih ber'air-cond' lagi. 

"Jom nak... kita tengok nenek shopping ape kat dalam."

"Ma... beli lauk apa?"
"Ayam je lah"
"Malam ni bakar pari nak?"
"Boleh jugak"

"Eh... kak Ani... lama tak jumpa." Terserempak dengan Leader Ramatex masa kerja kat Ramatex dulu. (Knitting Department)
"Zura macam makin tinggi je, kurus pun ye jugak.. Sihat?"
"Kurus?!!! takde maknenye kurus. Makin kembang adalah......"
"Ni anaknya? Sorang?"
"Ha'ah... baru sorang."
"Bila nak ade adiknya ni?"
"Tengah usaha ni kak... InsyaAllah..kalau ada rezeki, adalah...."
"Muda lagi.... kena cepat-cepat.. "
"Berapa tahun ni?"
"Baru 1 tahun 8 bulan."
"Dah boleh dah tu ada adik..."
"InsyaAllah..."

"Akak masih keje lagi kat Ramatex?"
"Masih lagi.... "
"Orang lama?"
"Sape orang lama yang Zura ingat?"
"Kak Abot?"
"Ada lagi... Kak Nik... ramai lagi orang lama..."
"Ooooo..."
"Bila nak datang rumah akak?"
"Hmmm... tak tau lagi kak... kita pun jarang-jarang balik Aitam."
"Takpe, bukan susah pun nak gi rumah akak, sebelah stesen minyak ni je.."
"Ok kak... kalau ada umur panjang, kelapangan, saya datang."
"Akak jalan dulu ye." 
"Ok."

Teringat pula zaman lepas belajar dulu..... tebalkan muka bekerja sebagai operator di Ramatex. Sebab masa itu graduan lepasan universiti sangat sukar untuk mencari pekerjaan yang berkaitan semasa belajar.

Selesai berbelanja, kami pun pulang ke rumah. 

Baru teringat, masa jemputan tadi ada dapat berkat yang sangat banyak. Jadi, makan malam nanti tidak perlu lagi untuk memasak. Hanya memakan berkat yang diberi tadi. Selesai menjamu selera, selepas solat Maghrib, bermulalah satu operasi yang mencetuskan idea untuk membuat blog.

Sebenarnya, aku ingin mencari Muqaddam jenis kertas plastik tu... tapi hanya menjumpai Muqaddam jenis kertas biasa sahaja. Tujuan, untuk mengajar Haziq mengenal huruf di dalam Al-Quran. Operasi bermula di bilik asalku, yang kini menjadi bilik tidur Didie. Macam-macam yang ku jumpai.

Mas Kahwin....... Bil belanjawan ketika persiapan perkahwinan.... Diari....... Surat........ Nota....... Kertas recycle thesis..... Minit Mesyuarat......... macam-macam lagi..........

Semua itu adalah kenangan. Kenangan pahit... kenangan manis...... Masa lalu yang sudah menjadi sejarah. Sebelum ku hapuskan kenangan tersebut, hasratku untuk abadikan ia di dalam blog untuk tatapan generasi akan datang. Jika ia berguna, gunakanlah sebaik mungkin. Jika ia tiada kegunaannya, jadikanlah ia sebagai bahan sejarah yang mungkin satu hari nanti akan berguna juga. 

Sampai di sini dahulu coretanku..........

Terima kasih kerana sudi membaca.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan