Rabu, 11 Disember 2013

2007


Kalendar 2008 - RG Ramatex Group




Januari 2008

- Tiada Catatan -


Februari 2008

19 - AL
20 - MC
25 - interview QC
27 - hired!!
28 - AL
29 - AL


Mac 2008

1 - resign Ramatex
8 - vote
12 - kfc


April 2008

16 - 601
17 - 166
18 - 343
19 - 166 + 23


Mei 2008

7 - aie's besday
27 - kak liza besday

RM 1.92 - 1 L PETRONAS
RM 10 = 5.208 L
RM 20 = 180 km = 10.416 L
1 L = RM 0.52
1 km = RM 0.11


Jun 2008

25 - excident
26 - workshop

1 week => 6 days => RM 45

RM 2.70 - 1 L PETRONAS
RM 20 = 140 km
1 km = RM 0.14


Julai 2008

11 - UL
12 - UL Ecah Masterskills
26 - savvy roadtax + insurance + license
30 - keta siap + 50


Ogos 2008

6 - RM 10
8 - RM 50
9 - Asfaliza's wedding + RM 20 + JB with K.Hudah
10 - Aslina & Julyniza's wedding
11 - RM 20
13 ~ 15 - RM 50
16 - TT JB with gti & neo
17 - Pt Jamal, Benut
19 - RM 50
23 - JB with K. Hudah + SPA exam + RM 50
27 - RM 10 + abg amin's besday
28 - RM 50

RM 80 = 958.6 km
RM 0.08


September 2008

2 - RM 50
5 - RM 35
6 - ida dtg
7 - 988 km
8 - RM 30
9 - RM 50 + MC cuti puasa - qada' 6/10/08
10 - MC cuti puasa - qada' 7/10/08
11 - NPL cuti puasa - qada' 8/10/08
16 - RM 30
18 - RM 30
19 - cuti puasa - qada' 13/10/08
20 - SYB + cuti puasa - qada' 14/10/08
21 - savoc berbuka puasa + cuti puasa - qada' 20/10/08 + NDO
22 - cuti puasa - qada' 16/12/08
23- cuti puasa - qada' 17/12/08
24 - cuti puasa - qada' 23/12/08
25 - cuti puasa - qada' 6/7/09
28 - cuti puasa - qada' 28/7/09


Oktober 2008

6 - puase
7 - puase + RM20
8 - puase
13 - puase
14 - puase
18 - RM 10
19 - RM 10 + NDO PICC
20 - RM 20 + puase
21 - Azrin & Azura

 
22 - arin msg + RM 20


November 2008

14 - SPA due date


Disember 2008

16 - puase qada'
17 - puase qada'
20 - arin's besday
23 - puase qada'
26 - shutdown
27 - shutdown
29 - awal muharam



Ni kompius ni..... na buang ke simpan?

Coretan Kalendar 2012 dijumpai!!!!



Januari 2012

16 - Haziq's checkup
24 - Haziq demam
25 - demam UL
26 - demam 0.5UL
27 - Haziq demam campak
30 - meeting Nazri
31 - time off 2h (submit document to...)



Februari 2012

10 - success 101
20 - pap smear + Haziq checkup
25 ~ 29 - Cuti Istimewa Wanita



Mac 2012

1 ~ 4 - Cuti Istimewa Wanita
1 - minyak 50
4 - steambot 38 + seatcar 130 + satay 23.50
8 - minyak 10
9 - minyak 50 + FUTI
13 - minyak 50
20 - checkup Haziq + minyak 50
24 - Yasin Aitam malam
26 - minyak 50
28 - MC



April 2012

1 - minyak 50
7 - minyak 50
8 - umah cik sal
9 - valuer 580 + cuti ganti 11hb
10 ~ 16 - Cuti Istimewa Wanita
14 - minyak 50
16 - minyak 50
22 - BHP 20
24 - sensory + caltex 50
25 - sensory



Mei 2012

1 - 100
3 - gaduh pasal ayam + sign agreement rumah + shell 50
5 - lari gi umah cik sal
17 ~ 23 - Cuti Istimewa Wanita



Jun 2012

2 - kaklang
13 - bayar lawyer 7700
17 ~ 23 - Cuti Istimewa Wanita
17 - dapat kunci rumah
20 - start duk umah baru



Julai 2012
19 - Haziq checkup
23 ~ 29 - Cuti Istimewa Wanita



Ogos 2012

8 - gaduh



September 2012

2 - sayed 200 balance 700
3 - 1168 Bt 19, Jln Segamat 84900 Tangkak
4 - pagar 'rock' 500
5 - mail 2000
6 - mail 300
15 ~ 20 - Cuti Istimewa Wanita
15 - jati 1300
17 - 1700 hilang
22 - mail 1300



Oktober 2012

3 - transfer to Plant 8



November 2012

- tiada sebarang catatan



Disember 2012

8 ~ 13 - Cuti Istimewa Wanita
22 - Ecah konvo



Kalendar 2012 dengan rasminya akan dibuang.....................

Ahad, 22 September 2013

Coretan Ini Buat Ekyn ~ Pengalamanku Bersama Allahyarham Abang Nazman

Assalamualaikum.... 

Maksu sedar siapalah maksu untuk menerima balasan pesanan ringkas dari kamu, Ekyn.... Mungkin arwah jarang bercerita, kami juga tidak mengetahui rapatnya hubungan kamu bersama arwah. Kami ketahui setelah meneliti telefon bimbit peninggalan arwah kepada kami. 

Kami bukan bermaksud untuk mencampuri urusan kamu. Sesungguhnya kami semua berharap dapat mengenali kamu dengan lebih dekat lagi. 

Mujurlah kamu mempunyai kenangan yang sangat manis bersama arwah.

Sudilah kiranya membaca coretan maksu yang pernah mengalami situasi yang hampir sama dengan situasi kamu.

Perkenalan dengan Arwah Abang Nazman adalah di luar jangkaan. Menerima panggilan telefon yang menyatakan dia akan melanjutkan pelajaran master di Oxford University dalam Computer Engineering

Perbualannya itu hanya menjadikan aku sebagai pendengar. 

Akhirnya setelah selesai menerangkan segala-galanya, diriku berkata, "Maaf... saya benar-benar tidak mengenali saudara. "

Dia memohon maaf kerana mendail nombor yang salah. Aku hanya menyatakan, "Tidak mengapa...."

Dia menyangkakan bahawa diriku ini adalah bekas teman wanitanya yang bakal berkahwin pada hujung minggu tersebut. 

Bermulalah episod seorang adik dan abang angkat yang tidak dirancang. 

6/11/2003 - abang nazman berhijrah ke Oxford University. Perpisahan yang tiada sebarang khabar berita. 

Tatkala ini, Diari Islamiah 2004 ku tatap kembali......

Lirik lagu "Permaisuri" Kumpulan Data masih tertulis di dalam diari ini...

~ Demi bahagia... hanya Tuhan bisa memisahkan kita ~

Coretan Diari Islamiahku .....

4/1/2004 - " tetibe je rindukan abg nazman kt london knp ek? trs nk sgt ade abg. ms doa maghrib td, t'nangis. xtau na luahkan kt sape. Doa agar dpt jodoh yg baik, dpt suami yg sygkan kite & dpt bimbing kite ke jln benar. Abg nazman... bile nk balik? Adik rindu abg.. "

" tetibe je trs rindu sgt kt abg nazman. Bile abg nk blk? Adik perlukan kate2 smgt dr abg. Adik takut nk hadapi hari esok. Boleh ke adik jd pelajar cemerlang mcm abg? Kalau abg ade kt sini, nk jer adik nangis dpn abg. Adik t'lalu takut. Takut dgn hrpn abg nk tgk adik 'grade' 1st kls nnt. mampu ke adik? Skrg nie, adik tgh nangis. Nangis yg x pernah adik duga. x penah air mata adik sehangat ini. sempat ke adik b'temu ngn abg? Ingatkah abg kt adik ketika ini? "

15/2/2004 - Besday Abg Nazman . Tarikh lahir die : 15/2/1980

12/3/2004 - " 09.10 malam - 10.10 pagi waktu di tempat abang nazman - Abg nazman tpon. gembira sgt2. die kate dpt no.2 exam 2ari. Pandainye die. die ade kate die sakit. tp die xna ckp. die kate nk g umrah sblm blk M'sia. Die kate die na jmp zura klu blk nnt. die syg sgt kt zura. die ade ckp I love U, I miss U. Die ckp, die nk pinang zura. zura sanggup tunggu die. die kate klu pjg umur, dptla jumpe. klu x, die nak pergi buat selama2nya. Abg... zura sanggup tunggu abg. zura syg sgt sgt sgt sgt sgt sgt kt abg. "

13/3/2004 - surat yang dikirim ku terima.

" abg naz cal lg skali, mlm. die nak hubungan adik abg ni jadi yg lebih istimewa...

Terkedu sebenarnya.... 

Terdetik di hati untuk mendapatkan perihal sebenar daripada adik abang nazman. Balasan message yang ku terima... 

"WSLM.knpa pg2 lg dh tanya psl abg nazman?oh, rindulh tu agaknya.betul tk u ni special dia?ada call mlm smlmlah.dia kat perth Australia.Kmi risau psl kshtn die!" (adk abg nazman 07:44:16)

"tk kan dia tk gi tau tmn istimewa dia?ni mesti da pa2 ngan abg ni?tul tk u ni.... ngan dia. sbnrnye.....dia da skt cancer otak dthap kritikal. sbrlh sma2 bdoa ye!" (adk abg nazman 07:53:13)

14/3/2004 - "AKUM.UAT PA?HAI PA KABO?SHT KE?ABG NAZMAN DA CALL KE?BILA CALL? DIA DA GI TAU YG DIA NK GI UMRAH DLM BLN 4 TK?TK LMA LG SYA NK GI PERT AUSTRALIA BLJR SNA."  (adk abg nazman 16:54:57)

15/3/2004 - "abg naz call. 6.30ptg-7.30mlm. kiteorg borak. abg nk blk dlm bln 5. bln 4 nk gi umrah. dia duk kota tinggi - kota jaya. nama penuh : nazman bin muhammad. "

27/3/2004 - " abg nazman call. die kate nk balik 20/4 nie. balik dr umrah je die nk balik M'sia. katenye nk jumpe kt utm gak. makin xsabar lak nk jmp. "

2/4/2004 - " abg nazman call. "

3/4/2004 - " abg nazman masuk wad. "

13/4/2004 - " hari nie aku dpt tahu mlli sms jam 11:34:20 dr adk abg nazman yg abg nazman telah pergi selama2nya. Terlalu sedih hati ni sbb hajat utk btemu dgnnya 20 April nanti hnylah angan2. die meninggal dunia slps solat subuh di Masjidilharam. Jenazah bersemadi di sana. "

Sepanjang perjalananku pulang ke Ayer Hitam, tidak putus-putus air mata ini mengalir. Tanpa memperdulikan sesiapa sahaja di dalam bas tersebut, aku terus menangis. Menangis sehinggakan tiada siapa yang berani bertanyakan perihalku ketika itu. Mungkin inilah perasaan yang pertama kali dialami seseorang yang saling mangasihi kerana Allah. Mungkin tatkala itu aku masih muda. Namun, ia cukup memberikanku 1001 pengajaran dan pengertian sebenar tentang kasih sayang Allah. 

Terngiang-ngiang lagi kata-katanya, "Abang dah suruh mak abang siapkan barang hantaran tuk minang zura bile balik M'sia nanti. Tunggu abang tau.. Abang da cakap da kat mak abang. Tunggu ye...."

Itulah yang membuatkanku benar-benar sebak dan terharu. Terharu akan keikhlasan hatinya dalam sebuah hubungan. 

18/4/2004 - " adk abg nazman pergi perth. "

20/4/2004 - masih lagi tertulis " Abg nazman balik!!

Di Fakulti Sains, aku menanti di tempat yang dijanjikan. Walaupun aku tahu, itu sangat mustahil.. tetapi aku tetap juga menanti. Penantianku itu hanya ujian dari Allah. Aku akhirnya redha. Redha akan ketiadaannya. Hadiah tetap ku kirimkan sebagai tanda kasih dan taat pada Allah kerana memberi peluang merasa kebahagiaan cinta manusia walau seketika, walau jauh beribu, walau belum sempat bertemu, ia sangat manis untuk dikenang. Sebagai tanda cinta Pencipta kepada hambaNya. Setiap apa jua yang berlaku di atas muka bumi Allah, ia sudah pun tertulis, terancang dengan teliti oleh Yang Maha Mengetahui. 

Coretan ini akhirnya dapat jua diabadikan di dalam blog ini setelah sekian lama berhasrat untuk dikongsi bersama seawal tahun 2013 ini.

To : Ekyn... Kami semua berharap dapat bertemu dengan Ekyn suatu hari nanti...

Khamis, 19 September 2013

Kunjungan ke Melaka

19 September 2013

Aku menerima panggilan telefon dari Kak Rini, bahawa mereka semua akan ke Melaka hari ini, dan berhasrat membawaku bersama. Berbunga-bunga perasaan ini. Namun, aku meminta agar keizinan dari suamiku ku perolehi. 

Pesanan ringkas dari Kak Rini bahawa "Arin kata boleh..." Benar-benar melegakan hatiku. Aku bergegas menyiapkan lauk paukku untuk disiang. Aku bersiap membawa keperluan peribadi dan anak untuk dibawa bersama. 

Kedatangan Along dan Kak Rini dinanti. Kami bersiap segera agar mereka tidak menunggu kelewatan kami. 11.30 pagi kelihatan kereta Kembara kepunyaan Acik. Kami menaikinya dan terus menuju destinasi yang dirancang. Lebuhraya Utara Selatan menjadi pilihan agar segera sampai ke Politeknik Merlimau. 

Kami melalui Kilometer 47.2, di mana arwah mengalami kemalangan mengarah ke selatan. Hajat mereka agar setelah selesai urusan di sana, berhenti di tempat kejadian untuk melihat apa yang boleh dijadikan iktibar.

Hentian pertama di Hentian R & R Machap. Hentian Zuhur kami di Tol Jasin. Kami terus ke Politeknik Merlimau. Urusan di Pejabat HEP diuruskan sendiri oleh Along dan Kak Rini. 

Setelah itu, kami ke rumah sewa arwah yang tidak jauh dari poli berkenaan. 

Suasana sangat sayu menyelubungi rumah tersebut. Betapa sayangnya rakan-rakan baik arwah sehingga mengemaskan barang peribadi arwah dengan baik dan tersusun. Tilam kepunyaan dicium oleh Kak Rini. Tangisan hati ini sahaja yang mampu ku luahkan. 

Rakan-rakan arwah kelihatan memiliki peribadi yang sangat baik. Semuanya tidak mampu untuk berbicara. Kehilangan yang cukup memilukan. Kami menerima kunjungan rakan sekuliah arwah yang sangat ramai. Betapa arwah dikenali dengan peribadi yang baik. 

Tilam arwah ingin kami ambil, tetapi, rakan arwah yang sedari tadi menyembunyikan diri di sebalik pintu bilik, memeluk erat tilam tersebut, bersama linangan air mata yang tidak mampu lagi ditahan. Betapa fahamnya kami akan perasaan mereka setelah kehilangan rakan serumah yang disayangi. 

Kami segera pulang. 

Singgahan kami adalah di Kilometer 47.2 Lebuhraya Utara Selatan mengarah ke Selatan. Aku dan Kak Rini segera turun dari kereta. Betapa lajunya langkah Kak Rini sehinggakan aku terpaksa menjerit memanggilnya. Ku genggam tanganku seerat-eratnya dengan tangan kakak birasku itu. Menyalurkan sepenuh kekuatan agar Kak Rini tabah ketika mengunjungi tempat kejadian. 

Bisiknya, "Akak nak cari gigi arwah kalau boleh....."

Tersentap hati ini mendengarnya. Wajah arwah di kala kali terakhir sebelum dimandikan menerpa dalam ingatan. Wajah seorang hamba Allah yang taat menerima panggilan dari Allah. Wajah yang sangat bersih. Sempurna tanpa sebarang kekurangan. Hanya berdasarkan laporan doktor bahawa arwah mengalami kecederaan dalaman yang agak serius, walaupun diizinkan hidup sekalipun pastinya mengalami kecacatan kekal. Tiada satu pun kekurangan pada diri arwah di kala meninggalkan jasadnya itu untuk mengadap Illahi.

Akhirnya Alongku turun dari kenderaan. Dia sebenarnya ingin mengkaji sendiri bagaimana kemalangan sebegini berlaku. Pastinya itu semua adalah rahsia Allah. Kami hanya mampu meneka dan mereka, tetapi Allah yang melaksanakan segalanya mengikut ketetapan dan perancangan Dia. 

Terkenang pula penceritaan rakan-rakan arwah, 

"Kiteorang ade tengok cerita 100 hari... sama-sama dengan arwah..."
"Assignment video ni seminggu sebelum arwah meninggal..."
"Helmet ni arwah tak bagi sape-sape pakai... die sayang helmet ni..."
"Haritu arwah makan berselera sangat.... semuanya habis.... tak sangka pulak......"
"Arwah selalu malam-malam hilang pegi taman sebelah....." Jumpa Ekyn agaknya.....

Allah rahsiakan banyak perkara. Kematian. Kiamat. Kerana pastinya tersirat sesuatu hikmah yang terbesar agar manusia sentiasa mengingatiNya. 

Al Fatihah buat Allahyarham Zulhilmi Azman.... Moga tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman..

Amin... Amin... Amin.. Ya Rabbal 'alamin....

Rabu, 18 September 2013

Mengurus Sijil Kematian Allahyarham Zulhilmi Azman

Selasa, 17 September 2013 ~ aku menemankan kakak birasku, Kak Rini dan Zurina ke Setia Tropika untuk mendaftarkan sijil kematian arwah Zulhilmi di sana. Alhamdulillah.... urusan tersebut dimudahkan Allah.... tanpa sebarang masalah. 

Sesampainya kami di sana, hanya dua kali pusingan sahaja, akhirnya dapat juga meletakkan kenderaanku di kawasan yang ditetapkan. Sejurus itu, kami menuju ke tempat fotostat. Kak Rini mahu kad pengenalan arwah difotostat warnakan untuk kenangan sebelum dipulangkan ke JPN. 

Kami di aras 1, tiada khidmat warna untuk fotostat. Kami disyorkan ke aras 6, kecewa juga akhirnya. Kami disyorkan pula supaya ke rumah kedai luar premis, namun di pertengahan sebelum keluar, kami melalui satu kedai tetapi ditampalnya memo "REHAT/SOLAT". Rehat barangkali kerana baru jam 11 pagi. Sementara menunggu jika diberi peluang untuk menjadi pelanggan pertama, pelbagai orang juga berdukacita melihat kedai tersebut tutup. Kami cekalkan hati menunggu. Malahan, kami memberi tunjuk arah jika mahu fotostat di kedai lain dengan lebih cepat. 

Berjumpa dengan seorang wanita yang agak bergegas lagaknya, mengarahkan seorang lelaki memfotostat dokumen dengan segera. Sementara menunggu, wanita tersebut berbual dengan Kak Rini. Dari penceritaannya, 6 bulan dia tidak mahu menerima hakikat kehilangan anaknya yang dilanggar lari ketika arwah anaknya berusia 12 tahun. Dia menyalahkan takdir kenapa bukan penagih, penjenayah dan sebagainya yang diambil nyawanya, kenapa mesti anaknya dahulu yang diambil... betapa dahsyatnya penolakan takdir olehnya. Setelah berlaku kejadian di mana 2 beradik meninggal dunia pada satu masa, dilihatnya ibu beradik tersebut cekal menerimanya, barulah terbuka pintu hatinya menerima takdir Allah atas pemergian anaknya itu. Barulah dia sedar betapa sayangnya Allah pada anaknya. Kisah pelbagai kehidupan dengan pelbagai pengajaran.

Akhirnya aku memutuskan agar keluar dari premis ini untuk mencari fotostat warna yang dihajatkan. Aku da Haziq menunggu dari sini, Kak Rini dan Zurina keluar ke rumah kedai yang dimaksudkan oleh peniaga aras 6 tadi. 

Setelah selesai urusan segala-galanya, kami pulang ke rumahku untuk membuat surat akuan pewaris di rumahku. Sehingga tertidur Kak Rini dan Zurina kerana kepenatan sementara aku menyiapkan surat tersebut untuk di'print'.

Abang iparku Along ada menelefon Kak Rini, bahawa mereka akan ke Melaka esok. Memang meronta hati ini untuk mengiringi tetapi tanpa keizinan suami, pastinya tidaklah pula dapat ku penuhi hasratku ini........


Ahad, 15 September 2013

Kehilangan yang Tidak Diduga

Jumaat, 13 September 2013

Haziq berkelakuan sangat pelik. Mengamuk setiap masa, setiap saat. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangannya. Sehinggakan aku sendiri tidak sanggup untuk memarahinya seperti selalu. Amukannya mendetikkan sesuatu di benakku. Perasaan apakah ini?

Awal sungguh suamiku pulang dari kerja. Dan dalam masa yang sama, sakit kepala menyerang kembali, tetapi kali ini benar-benar membuatkanku kurang melayani kerenah Haziq. Suamiku secara tiba-tiba meminta dirinya dipeluk. Berbantalkan lengannya, aku merasakan kehangatan luar biasa. Demam. Segera ku ambilkan sebiji Panadol 650 bersama air suam kepada suamiku. Jam baru sahaja menunjukkan jam 8 malam. Aku mengambil keputusan untuk melenakan Haziq yang ragamnya sangat menimbulkan tanda tanya. Aku terlelap setelah azan Isyak berkumandang. 

Telefon suamiku berdering. Deringan pertama tidak diangkat kerana kami terlelap. Deringan kedua segera diambil oleh suamiku. Tanpa membalas sebarang perkataan, akhirnya telefon tersebut dihempas ke atas katil oleh suami. Aku yang baru terlelap, terkejut dan bergegas bangun. Ku ajukan soalan bertalu-talu.. "Kenapa yang?"

"Acik baru telefon tadi.."
"Kenapa?" dengan nada yang sangat rendah.
"Emi meninggal..."
"Emi mana wak?"
"Emi Kak Rini.."
"Kak Rini mana?" aku semacam tergamam...
"Emi Kak Rini... Along..."
Aku seperti hilang kawalan... Terduduk seperti orang yang hilang arah. Aku membentak.. "Bukan tu.... salah orang tu...."

Suamiku menenangkan diriku. Aku hilang kawalan sekali lagi. Keluar dan masuk bilik beserta fikiran yang sangat kosong. Suamiku bergegas ke rumah ibunya. Aku pula diminta bersiap dan menantikan kepulangannya dari rumah ibunya. 

Aku bersiap mengenakan kurung pemberian Kak Timahku. Aku mengemas kenderaanku dengan menurunkan barang pertukangan suamiku. Kerusi belakang keretaku ku tegakkan semula. Memikirkan untuk meletak Haziq yang lena. 

Suamiku pulang dengan memberi arahan supaya aku menenangkan ibu mertuaku itu. Suamiku pula menunggang motornya untuk bergegas ke Hospital Kulai. 

Ibu mertuaku menangis dengan tiada henti. Ditenangkan oleh jiran bersebelahan, Kak Zie dan Makcik Bibah. Aku yang memangku anak yang tidur terduduk di bahagian luar ruang tamu mertuaku. Aku hanya mampu berFatihah. Terlihat pula kedatangan anak saudaraku Zaim, Zurina dan AG yang merupakan adik kepada arwah di muka pagar. Zurina menangis sambil meluru ke arahku. Tangisan yang tidak mampu lagi ku bendung. Berderai juga akhirnya....

Berjam sudah aku menunggu. Panggilan dari suami benar-benar menyayat hati. 

"Dia langgar treler lori kontena Konsortium KLB."
"Mukanya pecah..."
Talian tersebut sengaja diputuskan agar aku tidak bersoal banyak.

Tidak tergambar rasanya, kerana bermacam andaian terlintas di fikiranku ini. Ya Allah....... kuatkanlah aku...

Diriku meronta untuk ke hospital. Menghantar pesanan ringkas kepada suami agar diizinkan ke sana, tetapi tegahan yang aku terima. "Takut nanti awak pengsan..."

Jam 1200 pagi, sedang aku membacakan doa tahlil, panggilan telefon ku terima dari Kak Timah. Menggesa agar ruangan tamu dikemas. Sepantas kilat aku mengemaskannya bersama Pak Icam dan anak Kak Jah. 

Panggilan seterusnya ku terima dari suami, 

"Ni kaklang nak cakap...."
"Ye kak..."
"Tolong hantarkan 2 helai batik lepas dan 1 helai tuala."
"Baiklah kak..."
"Hantar ke rumah mayat ye..."

Dengan segera aku melaksanakannya. Aku titipkan Haziq kepada Kak Linda ku sementara aku ke hospital. 

Pertama kali aku ke rumah mayat hospital tanpa ditemani sesiapapun di sisi. Aku beranikan diri memandu ke sana. Akhirnya aku tiba. Kehairanan aku menerpa. "Mana semua orang parking kereta?"

Aku memberanikan diri ke ruangan menunggu.

Hilang arah sekali lagi. Aku mencari Kaklong Shasha... Aku perlu berjumpa Kak Riniku. Aku segera memeluknya. Semangatku ini ingin sahaja ku salurkan kepada kakak birasku itu tetapi kuatkah aku?

Suamiku segera memanggilku. Menceritakan kesemuanya secara terperinci.

Tidak berdaya rasanya untuk mendengar kerana setiap penceritaannya membuatkanku terbayang keadaannya. 

Keputusan X-ray menunjukkan kecederaan teruk di bahagian kepala di mana hentakan kuat pada lehernya membuatkan arwah kesesakan nafasnya. Keadaan motornya benar-benar di bahagian antara dua tayar kanan treler menyebabkan motornya melekat dibelakang treler tersebut. 

Arwah meninggal ketika dalam perjalanan dari Machap menaiki ambulans ke Hospital Kulai.

Aku meluru semula ke arah anak saudaraku yang merupakan kakak sulong kepada arwah. Betapa sebaknya melihat keadaannya yang sangat terkejut mendengar berita ini. Disangkanya hanya kemalangan biasa, rupanya setiba di hospital, barulah dia ketahui bahawa adiknya sudah pergi meninggalkan kita semua. 

Aku diajak untuk melihat arwah. Tanganku digenggam oleh anak saudaraku Dekna supaya kuat untuk menatap wajah arwah. Kain diselak. 

Ku tatap wajahnya buat kali terakhir........ Akhirnya aku redha atas pemergiannya. Pelbagai kenangan bersama terlintas di fikiran ini. Hampir 4 tahun kami saling mengenali. Pelbagai keletah, senyuman, gurauan, terbayang di fikiran. Allah lebih menyayanginya. 

Jenazah diusung untuk dimandikan. Aku hanya menanti di luar bersama semua anak saudaraku yang lain. Pelbagai cerita yang aku dengar. Aku hanya menguatkan diri untuk menguatkan semangat adik beradik kepada arwah. Kak Rini ku peluk lagi. Kerana aku sendiri tidak sanggup melihat apatah lagi bahu yang memikul. 

Jam 1.30 pagi, selesai dikafankan, dibawa pula pulang ke rumah Senai. Bergilir-gilir kami membacakan Yasin. Akhirnya jam 3.30 pagi, suamiku mengajakku pulang ke rumah untuk melelapkan mata seketika. 

Lelapanku itu melajakkanku ke jam 6.30 pagi. Ketika itu, Kak Timah dan Kak Linda ku datang untuk menggoreng karipap mertuaku yang sepatutnya dijual tetapi dijadikan juadah kepada tetamu yang hadir. 

Persiapan diri dilakukan bersama Haziq. Selesai bersarapan, aku bersama Kaklong Shasha ke rumah mertuaku di mana jenazah ditempatkan. Anakku ku titipkan bersama ayahnya yang seawal pagi telahpun ke situ. Aku bersama anak saudaraku yang lain membacakan Yasin. 

Jam 9 pagi, van jenazah tiba untuk membawa pulang jenazah ke rumah ibu bapanya di Felda Ulu Tebrau. Aku bersama suami, Haziq dan Zurina mengikut kenderaan tersebut ke destinasi. 

"Akhirnya sampai juga Emi kat rumah dia..." tutur suamiku.
Aku terus mengalirkan air mata tanpa sebarang kata. Sebak di dada ini hanya Allah sahaja yang mengetahui. Bercucuran air mata ini tanpa henti. Mujur ketika itu Haziq seakan memahami situasi yang berlaku. Tiada amukan seperti semalam. Tiada tangisan seperti semalam. 

Kelibat Alongku yang merupakan ayah kepada arwah membuatkanku tersentuh sekali lagi. Aku pernah merasa kehilangan seorang ayah, kini, Alongku pula merasa kehilangan anak. Perasaan itu tetap sama. Perasaan kehilangan yang sangat terkilan. 

Selesai seluruh warga Felda Ulu Tebrau menatapi arwah buat kali terakhir, jenazah dibawa ke masjid untuk disolatkan. 

Penceritaan dari ibu kepada arwah......

"Hari Merdeka haritu, Emi balik. Dia cakap, Mak, lepas ni Emi lama tau tak balik..."

Penceritaan dari anak saudaraku Zurina....

"Pasni aku da tak balik lagi sampai bila-bila..." 

Penceritaan dari anak saudaraku Zulaikha....

"Ko ngan Zack ada duit tak... kalau takde aku ade sikit..tuk korang guna nanti."

Di tanah perkuburan, ibu mertuaku menangis sekuat hati seolah tidak percaya apa yang sedang berlaku. Aku yang hampir sekali lagi menitiskan air mata, ditenangkan oleh Kak Rini dan Dekna. Aku bukanlah orang yang kuat untuk menahan sebak di dada. Pastinya akan menangis jua.

Jam 11 pagi, selesai sudah talkin dibacakan. Sepanjang talkin dibacakan, ku lihat abang iparku Along tersedu-sedu menangis di belakang imam. Betapa fahamnya aku tentang perasaannya itu. Ku lihat juga rakan-rakan baik arwah menitiskan air mata kerana kehilangan rakan yang baik sepanjang perjalanan hidup sebagai remaja. 

Mati itu adalah benar...................... Tidak mengenal usia, pangkat dan darjat....

Aku juga memahami perasaan anak saudaraku Zulaikha kerana kehilangan adik yang disayangi. Hanya bacaan Yasin yang mampu menenangkan sebak di dadanya. Aku juga turut menguatkan semangat agar dilihat kuat di hadapan anak saudaraku itu. Namun aku tidak mampu membohongi perasaan yang wujud dalam diri ini. Allah lebih mengetahui segala-galanya.

Along sering sahaja menangis. Terkilan yang amat sangat. 

Arwah selalu pulang ke rumah dengan kejutan. Kali ini kepulangannya benar-benar mengejutkan. Hajatnya untuk selamat sampai ke rumah akhirnya ditakdirkan untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya. Konvoi pulang berakhir dengan satu tragedi yang sangat menyayat hati. Dia yang berada di belakang konvoi, akhirnya dikejutkan dengan sesuatu di luar dugaan. Rakan di hadapannya yang sedang memotong lori tersebut terdengar letupan yang sangat kuat sehingga menyebabkan lori tersebut berhenti. Dan apabila dilihat, Zulhilmi yang tersepit di belakang treler lori berkenaan sehingga menyebabkan tayar kenderaan tersebut pecah. Rakan lain yang berada di hadapan segera memberhentikan motor masing-masing tanpa mematikan enjin, serta meninggalkan keperluan berharga semata-mata untuk berkejar melihat apa yang berlaku.

Rakan yang memangku arwah sempat mendengar ungkapan "Sakit" dari arwah. Kalimah Lailahaillallah.. juga sempat ditutur oleh arwah sebelum darah menyembur keluar dari mulutnya. Arwah rebah. Dari terang sehingga ke gelap menanti ambulans. Ketika dalam perjalanan dari Machap sehingga ke Kulai itulah arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir meninggalkan kita semua bertemu dan mengadap Illahi seperti yang tertulis di Luh Mahfuz. 

Rakan arwah tersebut melawat Kak Rini petang tadi dan menyalahkan dirinya kerana menukar helmetnya dengan helmet arwah. Kak Rini hanya membalas "Tidak perlu menyalahkan diri sendiri.. ini semua sudah tertulis. Sekalipun sedang berbaring menontoon televisyen, andai takdir untuk mengadap Illahi, pastinya akan berlaku."

Arwah ditegur oleh rakannya kerana tayar belakangnya ada menunjukkan tanda-tanda bermasalah, Arwah hanya menjawab, "Sesampainya nanti di rumah, adikku Zack akan membetulkannya."

Pelbagai cerita... Masing-masing mempunyai cerita yang berbeza sebagai tanda ingatan Allah kepada kita. Setiap yang berlaku itu telah pun ditentukan...........

Moga Allahyarham Zulhilmi Azman ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.. Amin.... Amin Ya Robbal'alamin....

Al Fatihah...................................................................................................................................

Selasa, 3 September 2013

Aku Tidaklah Sehebat Mereka

Pengumuman kenaikan harga minyak petrol Ron95 dan diesel sebanyak RM 0.20 semalam mengundang pelbagai spekulasi negatif rakyat Malaysia.

Saya bukanlah pengkaji atau penganalisis kewangan. Saya kini hanyalah surirumah sepenuh masa. Kita semua ada pendapat dan fikiran masing-masing. Ada yang negatif dan ada pula yang positif. Ada yang menyokong dan ada pula yang kurang senang. Ada yang berstatus di Facebook dan ada pula yang berdiam. Ada yang melemparkan pandangan dan ada pula yang melemparkan cemuhan. Ada yang kisah dan ada pula yang tidak kisah sama sekali. Ada yang melatah dan ada pula yang tidak. 

Sebagai memotivasikan diri, tenangkan fikiran, ingat Allah. InsyaAllah... ketenangan yang tiada tolok bandingnya akan kita perolehi.

Dari sudut kehidupan masyarakat, terdapat pelbagai jenis keluarga dan kehidupan di luar sana. Ada yang senang, ada yang susah. Ada yang gembira, ada yang sedih. Ada yang aman damai, ada yang berpecah belah. Ada yang berkereta mewah, ada juga yang berkereta biasa, tidak kurang juga yang memiliki motosikal ataupun basikal. Ada yang berumah sendiri, ada yang menyewa. Ada yang makan gaji dan ada yang bekerja sendiri. Ada yang beranak ramai, ada juga yang tidak. Ada yang bekerja dan ada yang tidak bekerja. Ada yang berkeluarga dan ada juga yang sebatang kara. Ada yang menjual unit amanah, ada juga yang jual insurans, ada juga yang menjual kek, menjual penapis air, menjual jamu, menjual air zamzam, menjual kismis, dan pelbagai lagi semata-mata untuk mencari pendapatan tambahan. 

Memang benar kita menjalani kehidupan beraruskan peredaran zaman. Jangan lupa...

Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud "9 dari 10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan." (Hadis Riwayat Tarmizi)

Andai hari ini : kuih muih dijual 3 seringgit 
Akan datang : dijual 2 seringgit atau 1 seringgit. 

Inflasi akan meningkat dari setahun ke setahun. Sehinggakan ramai yang terdesak. Terdesak menyimpan kewangan untuk pendidikan anak-anak, kehidupan selepas berpencen dan sebagainya demi kelangsungan hidup pada masa akan datang terhalang dek arus kehidupan yang semakin meningkat dan menjuruskan kepada kurangnya menyimpan. 

Apabila semua ini berlaku, kesempatan berniaga oleh sesetengah pihak pun berlaku. Dahulunya tiada, kini diperhebatkan. Unit amanah, insurans, jualan langsung, pelaburan emas dan sebagainya semuanya dikaburi oleh masyarakat oleh perniagaan yang diciptakan sendiri oleh orang yang bukan Islam. 

Dahulunya semua bank tidak melaksanakan tatacara Islam, kini semuanya di"Islamic"kan demi mengaburi mata masyarakat Islam yang tidal celik dengan muamalat dalam Islam. Memang benar, saya tidak boleh menyamakan zaman dahulu dengan zaman sekarang. Kerana sudah terlampau jauh komodenannya sehinggakan kita semua alpa dan leka. 

Unit amanah dikaburkan oleh masyarakat dengan dividen dan pertumbuhan modal. Insurans dikaburi dengan pelbagai keistimewaan bermalam di wad kelas pertama dan sebagainya. Jualan langsung dengan komisen yang berlipat kali ganda. Emas dengan arus pelambungan harga dan sebagainya. Jika ini juga tergolong dalam perniagaan, hebatlah mereka yang pertama mencipta perniagaan ini. 

Saya juga bukanlah seorang hamba Allah yang hebat bertatacara menjual produk dan sebagainya, dan langsung tidak hebat menggunakan helah dalam perniagaan dan sebagainya. 

Saya hanya ingin hebat dalam bertatacara mengenai kehidupan yang bersyariatkan Islam, saya ingin hebat berniaga mengikut sistem muamalat yang dianjurkan oleh Rasulullah, saya ingin hebat menghafaz Al-Quran, .... tetapi saya sambil lewakan kesemuanya demi mengejar dunia semata-mata. 

Saya tidak tahu perniagaan apa yang perlu saya libatkan. Saya tidak hebat pun mempengaruhi rakan sekeliling untuk melabur dalam unit amanah kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya. Saya tidak hebat pun menghafaz segenap ayat dalam Al-Quran, hanya beberapa ayat sahaja yang saya mampu hafal. Saya tidak hebat sehingga berkali-kali gagal dalam ujian motor JPJ hanya kerana jatuh ketika menyeberangi titi. Saya tidak hebat pun berdebat jika ada yang menyakiti hati kerana saya tahu hamba Allah itu lebih tua dari saya. Saya tidak sekaya orang lain yang mampu menderma berjuta-juta ringgit, saya hanyalah hamba Allah yang kerdil, yang hanya mampu menderma seikhlas mungkin, bukan sahaja dari segi kewangan, malahan doa yang saya titipkan.

Saya tidak berkebolehan untuk membuat kuih muih kerana saya tahu keterbatasan saya. Saya tidak boleh menjaga anak orang kerana tidak mendapat keizinan dari suami. Saya tidak berupaya menjahit secara besar-besaran, kerana kekangan yang ada. Saya masih tidak menerima mana-mana panggilan bekerja, pastinya Allah merencanakan sesuatu di luar jangkaan saya.

Kita semua di'set'kan dalam minda supaya belajar rajin untuk ke menara gading seterusnya memperolehi kerja bergaji setaraf pendidikan. Bagi yang genius dan bernasib baik, ada yang menjadi jurutera, doktor, peguam, guru dan sebagainya. Bekerja dengan berkhidmat untuk masyarakat merupakan pekerjaan yang sangat mulia. Bagi yang tidak bernasib baik, bagaimana pula? 

Belajar ilmu Allah, mahir dalam ilmu Allah yang tertentu mengikut kemampuan kita demi mentaati segala perintah Allah dan RasulNya sebagai bekalan untuk akhirat. Itu yang sepatutnya di tanam dalam setiap minda masyarakat Islam zaman ini. Bukan berlumba-lumba mencari kemewahan dunia semata-mata sehingga lupa amalan dan perintah Allah. Berlumba-lumbalah mencari bekalan ke akhirat. 

Saya hanya ingin hebat menjadi hamba Allah yang sentiasa taat dalam melaksanakan perintahNya. Saya ingin hebat mengamalkan tatacara dan sunnah Rasulullah. Saya ingin hebat mendidik keturunan saya supaya hebat menjadi hamba Allah. Ya Allah... izinkanku melaksanakan keinginanku ini. Sentiasalah Engkau memberi petunjuk dan hidayah kepadaku agar aku tidak leka walau sedikit pun.

Khamis, 29 Ogos 2013

Hari Terbuka Malakoff Tanjung Bin Power Plant

Sebenarnya ada kisah sebelum pergi ke majlis rumah terbuka tersebut.

Sebenarnya seawal 10 pagi, aku telah pun persiapkan diri untuk ke Kukup. Namun, setelah menerima peti masuk dari suami, aku menangguhkan perjalananku ke jam 12 tengahari. Sedang menanti suami pada jam 12 tengahari tersebut, aku didatangi seorang jiran yang berkebiasaannya akan bertandang ke rumah melebihi dua jam lamanya. Inisiatif yang telah ku lakukan dengan mengunci pagar utama, sangat berkesan. Kerana perbualan kami hanya bersempadankan tembok pagar rumahku. Jadinya, tidak perlulah jiran tersebut memasuki rumahku. Mencegah itu lebih baik mengubati. Oleh itu, aku mencegah diri ini dari mendengar dan bersubahat dalam umpatan yang sering dibawakan jiran ini. Kerana mengubati jiwa yang tercemar dengan hasutan umpatan pasti sukar ditangani. 

"Aku nak tanya ini, aku baru balik dari klinik, ubat ni untuk apa ek? Aku lupalah doktor tu cakap.."

"Ubat kecik ni vitamin C namanya, biasanya untuk menambah selera makan. Ubat dalam kotak ni pulak untuk menambah kandungan darah......" 

"Maklumlah dah lama tak ngandung.. jadinya aku lupa... Susu anmum yang plum tu sedap tak ek?"

"Entahlah kak, dulu masa saya ngandung belum ada lagi perisa mangga ni.. Trylah... "

"Nak tryla ni, kot serasi... "

"Cantik-cantik ni na pegi mana?"

"Nak gi Kukup. Tengah tunggu suami balik ni."

"Eh, ko da ngandung belum? cepatla sikit ngandung tu, nanti boleh aku tumpang ko gi checkup sekali."

"Er....... hah.... belum lagi..... hehehe..." Dalam hati ini, Allah sahaja yang tahu.

"Ko ade keta, senang nanti aku suruh ko je kan? Mana tau kot ada ape-ape hal, aku mintak tolong ko je lah.. ko ade keta ade lesen."

"Si kecik mana?"

"Ada tu tengok Upin Ipin."

"Senang-senang datanglah rumah..."

"InsyaAllah... kalau kite nak datang, kita datang sekali dengan suami."

"Iyerlah.... yang muda patutnya ziarah orang tua. Tunggu ko datang je lah.... baru aku beraya rumah ko.."

"Oklah... akak balik dulu..."

"Ah....."

Leganya dapat habiskan perbualan dengan  cepat. Sedari tadi telinga ini mendengar mesej telefon berbunyi. Suaminya tidak dapat cuti separuh hari hari ini. Nampak gayanya, terpaksalah kami bertolak ke Kukup berdua sahaja. Jam 12.30 tengahari kami memulakan perjalanan. 

Haziq yang duduk di bahagian belakang, terlena sehingga sampai ke rumah mak saudaraku, Cik Sal. Sememangnya kedatangan kami dinanti-nantikan oleh keluarga di sana. Selesai bersolat Zuhur, kami bersiap untuk menghadirkan diri ke Majlis Terbuka Malakoff Tanjung Bin Power Plant. Akhirnya.............. tercapai juga hasrat untuk ke sana.



Inilah dia mastermind kami, Cik Sal

Hamper untuk pelbagai pertandingan. Antaranya, zapin, menganyam ketupat dan mengikat samping






Menara yang dahulunya ku lihat dari jauh, kini di hadapan mata

Sepupuku, Awang....




Pelbagai aktiviti disediakan. Memang meriah!





3 khemah panjang untuk pengunjung makan bersantai

Pelbagai juadah disediakan di bawah khemah putih di sana




Andai diizinkan Allah, tahun hadapan kami akan ke sana lagi... 

Isnin, 26 Ogos 2013

Marhaban Taman Senai Baru dan Hari Keputeraan Muhammad Haziq Fitri yang ke 2 Tahun

Sudah bersarang rupanya blog ini.. Sudah lama tidak dikemaskini...

Alhamdulillah... diberi kelapangan pada hari ini untuk menaipnya...

Tahun ini berkesempatan sekali lagi untuk terlibat dalam perkumpulan marhaban lelaki buat kali kedua. Menunya mihun sup berserta nasi impit, pulut kuning berintikan serunding daging dan rendang daging, air jambu batu merah dan buah tembikai kuning dan merah. Dan kebetulan juga pada hari tersebut, menyambut hari keputeraan yang kedua tahun pada 19 Syawal tersebut bersamaan 26 Ogos 2013. Oleh kerana jemputan terhadap ahli keluarga sebelah suami telah dilakukan lebih awal, diriku menyediakan juadah yang agak berlebihan pada ketika itu. Manakala jemputan saat-saat akhir dibuat untuk rakan-rakan pada malam itu juga menggunakan telefon bimbit suamiku. Agak berlebihan sebenarnya juadah yang ku sediakan. Namun, aku tetap berserah kepada Allah agar pembaziran ini tidak berlaku lagi pada masa-masa akan datang. 

Diriku agak terkilan apabila adik beradik suami yang dijemput tidak menghadirkan diri. Along dengan alasan kepenatan menyiapkan lorinya dan tertidur awal. Kak Lang pula dengan alasan demam kerana kepenatan dengan majlis tahlil arwah kakak iparnya. Acik pula tiada sebarang berita. Hanya Angah dan isterinya, Kak Timah bersama dua anak daranya sahaja yang menghadirkan diri setelah majlis marhaban berakhir. Syukur yang tidak terkira, apabila melihat mereka bersungguh-sungguh membungkus lebihan tersebut untuk diagihkan antara keluarga mereka dam keluarga Along. 

Oleh kerana mereka sahaja yang ada, kami tetap menyambut hari lahir kedua tahun Muhammad Haziq Fitri dalam kesederhanaan yang telah ditetapkan oleh Allah. 














 











Umur 2 tahun ada dua kek. Tahun depan masuk 3 tahun, mama akan belikan 3 kek kecil untuk Haziq. Dan seterusnya. Alhamdulillah.... Genap umur Haziq 2 tahun pada 19 Syawal ini. 18 September nanti mama cuma akan kemaskini status di Facebook sahaja. Boleh kan?

Semoga Haziq menjadi khalifah Allah yang paling disayangi kerana keimanan dan ketaqwaanmu sayang... Jadikan Rasulullah sebagai idolamu. Jadilah anak yang soleh di dunia dan di akhirat. Hormatilah makhluk di sekelilingmu sayang... Tuntutlah seberapa banyak ilmu Allah ye sayang... Seimbangkan keperluan duniawi dan ukhrawi.. Dunia ini sebagai tempat mencari bekalan ke akhirat. Kurangkan amukanmu terhadap mama sayang.... 

Muhammad Haziq Fitri seindah namamu yang bermaksud yang terpuji yang cerdik semulajadi...........