Isnin, 27 Mei 2013

Musim Majlis Kahwin!!!!!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Sebenarnya jangan kata bulan Mei sahaja, sepanjang tahun setiap bulan pun memang musim majlis kahwin. Betul tak? Orang bujang kahwin, orang yang dah membujang pun kahwin.... hehe... lumrah hidup apabila sudah tersurat jodohnya.

Semalam, 25 Mei 2013, kami sekeluarga (kecuali mama, Ecah dan encik suami) sempat berkunjung ke majlis perkahwinan rakan sekolah menengahku dahulu.. Dah bergelar 'Puan' dah Cik Hajar kita. Ibu Hajar pula merupakan bekas rakan sekerja mamaku di Ramatex dahulu.

Dessert yang ada di sekitar majlis kahwin tersebut : cupcake, marshmallow with chocolate, fruit chocolate, bubur jagung, dan paling mengaburi mata Haziq, jajan-jajan yang banyak... dan banyak lagi. Memang tak berganjaklah kami dari meja makan.

Alhamdulillah...... Juga dengan izin Allah, dapat juga aku bertemu rakan lama yang lain. Antaranya, Herni Kadir bersama suami dan sepupunya, juga paling sekian lama tidak kutemui, Daing Zairi Ma'arof (kini dikenali dengan Ery Ma'arof).

Sekitar Majlis Perkahwinan Hajar Fatimah dan Mohd Asraff

Selepas Isyak pula, selepas suamiku sampai di rumah Ayer Hitam, kami bertiga ke Majlis Tahlil dan Kesyukuran Puan Nana. Alhamdulillah dan terima kasih kerana menjamukan kami dengan juadah yang sangat sedap dan menyelerakan selepas Majlis Tahlil tersebut. Apa pun, selamat melahirkan anak kedua bulan 7 nanti yer Nana..... ~ dalam hati ni flowerish sahaja memanjang, sebab teringin juga..... ~

Tahniah buat rakan-rakan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga ataupun yang bakal mendirikan rumahtangga, mahupun yang baru melahirkan cahaya mata ataupun yang bakal menanti kelahiran cahaya mata.

Pagi ini, suamiku dikejutkan seawal 6 pagi kerana untuk bekerja. Haziq yang malam tadinya tertidur di dalam kereta selepas pulang dari majlis tahlil, mendengarkan ayahnya menghidupkan enjin motor, sepantas cepat dan kilat Haziq bangun dari tidur. "Amboi budak ni................... nak naik motor lah tu......." Ayah Haziq melayankan sahaja kerenah anaknya yang memang hampir setiap pagi akan dibawa menaiki motor mengelilingi taman perumahan sebelum suamiku bergerak pergi ke tempat kerja. Suamiku berbekalkan nasi goreng telur sahaja pagi ini bersama air 'watermelon'nya.

Jiranku pula, cik Sahran.... juga sedang mengilatkan keretanya, kami tegur.
"Dah kilat dah kereta tu......."
"Sayang..... kereta arwah ni."
"Awal bangun cik....."
"Biasalah......"
"Pengantin berdebar lah ni?!!! Hehehe......"
"Alah...... biasa-biasa aje."

Jam 9 pagi, cik Sahran bersama saudara mara serta rombongan jiran tetangga menghala ke Benut. Jodoh kedua buat cik Sahran setelah sekian lama kehilangan isteri yang dicintai akibat kemalangan jalanraya. Selamat pengantin baru kali kedua buat cik Sahran........................ Cik Sahran adalah jiran juga rakan serta keluarga angkat bagi kami. Jiran kami sekian lamanya, rakan kepada arwah abahku yang paling rapat juga keluarga angkat yang mungkin akan bertukar kepada saudara dalam masa terdekat nanti... Semoga sepupuku, Iwan akan tercapai hasratnya untuk menjadikan Sue, anak cik Sahran sebagai teman hidupnya... Amin......

Topik adik beradik pagi ini : kebanyakan 'duda' mesti kahwin lagi dalam tempoh lebih setahun menduda ataupun kurang dari setahun, 'janda' atau lebih mesra dengan panggilan 'ibu tunggal' pula ada yang masih setia pada yang sudah tiada, atau masih belum bersedia menerima sesiapa dek dihantui kisah silam yang menyerikkan, atau dipertemukan jodoh yang setaraf atau lebih baik dari yang sebelumnya... dan pelbagai lagi. Dari sudut pemerhatian kami pula terhadap mama : mama masih sayang lagi dengan arwah abah, tiada galang gantinya.

Apapun, kesimpulannya : jika ditakdirkan untuk berumahtangga lagi, sudah semestinya ia telah tersurat dan sudah tertulis. Kerana sebaik-baik perancang dan penentu adalah Allah S.W.T.

Bertemu sekali lagi nanti.........................

Wassalam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan