Sabtu, 25 Mei 2013

Merajuk ~ Tidur Awal

Tengah buat apa tu?

Untunglah kalau dapat tengok drama bersiri 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'... Saya tak dapat nak menontonnya... dek berebut tengok cerita tv. 

Encik Suami : tengok tv5 ~ The Mummy
Puan Isteri : tak dapat tengok tv3 ~ Sebenarnya Saya Isteri Dia

Selalunya kalau tertinggal tengok cerita apapun, mesti tengok kat TonTon. Tapi, memandangkan broadbandku telah dijahanamkan secara teliti dan tidak sengaja, terpaksalah tunda tengok kat TonTon tu.

Status : MERAJUK lah diri ini...................................................

Haziq ~ minta 'teng'... maknanya pacifier... terus tidur tanpa didodoi-dodoi... sunyi dah malam-malam macam ni. 

Dek kerana tak ada benda yang boleh ku buat, taip dulu kat blog ni.... Sekarang ni tengah guna Internet Tethering melalui handphone Galaxy Note yang dibeli oleh encik suami secara tidak semena-mena suatu ketika dahulu di Petronas Lebuhraya Utara-Selatan Plaza Tol Skudai. (masa tu encik suami masih bekerja dengan Narita Shipping ~ hantar kontena ke Batu Pahat kalau tak silap, dari Pasir Gudang, singgah dahulu di Burger King sebelum masuk Tol Skudai itu). 

Pengajaran : jangan beli mana-mana handphone dari manusia yang berkeliaran dan mencurigakan ~ takut-takut barang tersebut adalah barang yang dicuri, disamun dan sebagainya.

Nampak gayanya, encik suami dah faham kemerajukan saya ini. Jom tengok 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'

Selamat malam semua...

Baca Doa Sebelum Tidur tau!!!

2 ulasan:

  1. Memang skrg tgk kat tonton je...asik berebut je ngan suami nak tgk cite lain...kt nak tgk cite lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah yang..... nak elak gaduh, mngalah aje.... xper... kite leh tengok kt tonton

      Padam